BUDAK 11 TAHUN BERANGAN ANGAN BERDUET DENGAN BENZOOLOO

Mohd Nur Shafik Bin Muhammad Hadafi atau DEDEK merupakan kanak kanak yang obses dengan muzik Hip Hop. Dia yang baru berusia 11 tahun dan belajar di salah sebuah sekolah rendah di daerah Papar ini sangat meminati penyanyi hip hop BENZOOLOO.

Baru baru ini terlihat persembahan Dedek dipentas bakat kanak kanak yang di anjurkan di daerah Papar. Kanak kanak kecil yang tampil dengan muzik hip hop? Siapa budak ni? orang mana? Wowww..Terpegun dengan persembahan adik ini yang mana hanya dia seorang sahaja yang tampil dengan identiti Hip Hop.

Hari ni dedek di sini.. Blum rezeki Allah akan bagi yang lebih baik lagi.. Yang panting dedek berani.. Kerana pengalaman itu amat beharga.. #sabahrapper #16baris#disinibermula

Posted by Fir Daus on Ahad, 7 April 2019

Lagu yang di persembahkan (ILUSI) di pentas pertandingan ini adalah lagu ciptaan abangnya (Along) khusus buat dia. Cuma kali ini rezeki tidak memihak kepadanya. Namun kami yakin bakat adik Shafik atau Dedek ini boleh pergi jauh. Dengan berusaha lebih gigih lagi mencari platform pentas terbuka atau mana mana pertandingan yang dianjurkan.

Siapa tahu, impiannya ingin berada satu pentas dengan idolanya iaitu Benzooloo akan tercapai dan bakal mengharumkan nama Sabah seperti penyanyi hip hop yang sedia ada. Teruskan minat mu dalam muzik hip hop Dedek…