BUDAK PUNK 15 TAHUN LANCAR MUZIK VIDEO

Desmond atau nama penuhnya DESMOND ENGKULAU BENEDICT baru sahaja melancarkan muzik terbarunya untuk lagu single KABAN. MV ini diproduce oleh ayahnya sendiri iaitu Mr Benedict dan dibantu oleh Pitaq Studio milik Mr Greg. Proses pengambaran MV ini memang pantas dan
berkonsepkan DIY. Namun begitu hasilnya boleh dibanggakan dan dapat pujian dari anda yang menonton. Onlinefm ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada adik Desmond yang kini sudah bergelar artis Punrock yang mengekalkan identiti salah sebuah suku kaum di Sarawak iaitu Iban. Semoga identiti ini akan kekal untuk lagu seterusnya yang pastinya berpaksikan muzik PunkRock. Semoga terhibur..