BUKU BERTEMU RUAS DI PENTAS AKHIR BATTLE MANIA 2017

Hampir sebulan sesi BATTLE MANIA 2017 berlangsung di HOTEL MING GARDEN. Buat kali pertama di anjurkan, penyertaan lebih kepada kategori muzik berkumpulan. Akan tetapi, ada juga peserta yang tampil dengan kategori tarian. Namun, tidak menjadi masalah dan sememangnya satu kelainan di tampilkan oleh pihak penganjur dalam mencari JUARA BATTLE MANIA untuk pertama kalinya di Sabah ini.

So, kepada 10 buah kumpulan yang layak ke final ini, di ucapkan good luck for ur fnal. Dan apa yang di harapkan adalah, anda tampil dengan identiti anda sendiri. Buat pemilihan lagu yang sesuai dan anda mampu memberikan yang terbaik di hadapan juri juri yang bakal mengadili persembahan anda di malam final itu nanti. Paling bagus, bawa lagu sendiri lah kan. Bila lagi mau kasi dengan juri lagu hasil ciptaan anda. Tapi, hanya cadangan sahaja lah. Keputusan di tangan anda selaku calon yang bakal membawa balik wang tunai yang cukup lumayan.

Jangan lupa pada 21 Mei ini, bertempat di SPARK Ming Gaeden Hotel, acara akhir pertandingan BATTLE MANIA 2017 akan melabuhkan tirainya. Siapakah yang di nobatkan sebagai juara, naib juara dan tempat ketiga, sama sama kita saksikan. Anda semua di jemput datang dalam menyemarakkan lagi semangat support local musician. Bak kata pepatah moden..

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial