BUSSKA BUSKER JUARA DI LABUAN
![]() |
BUSSKA BUSKER |
PESTA AIR LABUAN adalah acara tahunan yang dianjurkan di pulau mutiara tersebut. Program yang selalu mendapat jumlah kunjungan ribuan orang ini sudah tidak asing lagi sekitar Sabah. Malah luar negara juga mengetahuinya. Tanggal 28 & 29 April adalah tarikh yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan iaitu jumaat & sabtu semalam.
Antara pengisian program tersebut adalah pertandingan AKUSTIK BATTLE. DImana, hampir rm15,000 di peruntukan kepada peserta peserta yang menyertainya. Antara peserta yang menyertai acara tersebut adalah kumpulan yang sememangnya sudah tidak asing lagi di Bandaraya Kota Kinabalu dengan alunan muzik santai dan skill perfomance yang tinggi iaitu BUSSKA BUSKER.
Mereka telah di nobatkan sebagai jugara dan telah berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM3000. Sekali lagi rezeki memihak kepada ROJAN, AMY, SALIE dan genk genk lainnya. ternyata kehebatan anda di pentas akustik memang tidak dapat di nafikan. Tahniah atas kejuaraan ini.
Anda boleh lihat persembahan mereka menerusi link ini..
https://www.facebook.com/salimarmatsari.mangs/videos/299180203846089/