CETAKAN PERTAMA MEREKA SOLD OUT

Kumpulan Alternative Rock yang berasal dari Kota Kinabalu ini sudah tidak asing lagi dikalangan pemuzik underground. Setiap kali show mereka, pasti crowd akan enjoy dan feel momentum yang mereka sampaikan menerusi lagu lagu ciptaan mereka sendiri.
Kini 4 orang anak muda ini sedang giat mempromosikan single terbaru mereka yang berjudul GINGER SNAPS. Dimana, mereka sendiri menjualkan kepada yang berminat dengan cara meet up di lokasi yang di tetapkan menerusi fb page mereka. Satu cara promosi yang terbaik dalam masa yang sama dapat bersuai kenal dengan para pendengar serta bakal peminat mereka.
Kepada yang nak dengar karya anak tempatan, jangan lupa dapatkan single terbaru dari kumpulan MEGUSTA ini. Follow FB PAGE mereka dan anda akan tahu dimana lokasi mereka untuk dapatkan CD ini.