CHIMICHANGGERS BERI PENGHORMATAN KEPADA BAND KENINGAU SEBELUM MEREKA

MEREKA menghormati band yang ujud sebelum mereka khususnya di daerah Keningau dengan itu terciptalah lagu “DINAMIK” ini. ChimiChanggers yang juga merupakan sebuah kumpulan muzik berasal dari Keningau Sabah ini baru sahaja melancarkan lagu terbaru di youtube channle AC 29 STUDIO. Terciptanya lagu ini adalah sebagai tanda penghormatan mereka

kepada band band yang pernah aktif dan membawa nama Keningau dikenali ramai khususnya peminat muzik indipendent dan bawahtanah. Namun atas sebab bencana yang melanda dunia, anak anak seni muzik ini sudah tidak se aktif dulu.

“Dinamik” dipetik sebagai tajuk untuk lagu ini, sebagai gambaran dan bayangan kepada satu perjuangan, yang mana semangat perjuangan itu pasti akan ada “naik turunnya”, tetapi tidak akan hilang.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial