CHUGS ON DECK SUDAH RILIS LAGU RAYA MEREKA SEMALAM.

 

CHUGS ON DECK telah memuat naik Music Video terbaru mereka yang bertajuk NOTASI AIDILFITRI. Setakat ini ianya dah mencecah 1000 tontonan. Kami sempat bertanyakan serba sedikit cerita disebalik muzik video ini. Ceritanya begini..

Idea asalnya datang dari pemain gitar utamanya iaitu Jordan. Selepas itu, dibawa ke meja rundingan anak anak riang (Chuggies) maka mereka bersetuju untuk merialisasikan idea tersebut. Dengan bantuan sebuah produksi yang juga memang kreatif dan berbakat iaitu ROLL.POP.GRIND . Ini merupakan kolaborasi mereka untuk kali kedua. ternyata C.O.D memang selesa bekerja dengan RPG (Roll.Pop.Grind) ini. Fikiran anak anak muda yang kreatif inilah antara resepi yang menjadikan muzik video ini dapat perhatian ramai.

Proses rakaman berlangsung di 2 lokasi yang berbeza. iaitu di BENTARAKATA (kk) dan  MFC RICH (sdk). kedudukan lokasi yang berjauhan menjadi pilihan. Sebenarnya lagu ini dah siap tahun lalu lagi. Akan tetapi, pada 2017 ini, mereka ingin tampilkan sedikit buah tangan istimewa buat rakan rakan mereka serta family yang menyokong mereka sejak mereka aktif dalam bermain muzik.

Ini dibuktikan dengan menjadikan rakan rakan & ibu bapa mereka sebagai pelakon di dalam muzik video ini. Bukan senang nak dapat support dari whole family sebenarnya. Tetapi, tidak bagi anak anak chuggies ini. Semangat serta keakraban mereka semua menjadikan proses pembikinan muzik video ini begitu singkat.

Maka terhasilah NOTASI AIDILFITRI 2017 untuk tatapan kita bersama. Kepada yang berada nun jauh di sana, lagu raya ini mungkin dapat mengubat rasa rindu anda kepada kawan kawan anda serta family yang berada di kampung halaman. Semoga raya anda tahun 2017 ini lebih meriah dan riang seperti CHUGS ON DECK..