CLOWN FC, CLARICE TEAM JUARA FUTSAL MEDIA DAN SELEBRITI KKFM

Baru-baru ini, Radio Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan KKFM, telah menganjurkan sebuah  pertandingan futsal antara Media dan Selebriti untuk kali ke-3. Dimana kejohanan ini dilangsungkan di Gelanggang Futsal Arena Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Kejohanan yang berlangsung selama sehari itu bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada waktu petang.
Kejohanan futsal ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dan wanita. Bagi kategori lelaki sebanyak 13 buah pasukan semuanya. Manakala bagi kategori wanita pula, hanya 4 pasukan yang mengambil bahagian.
Pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan futsal ini terdiri daripada media dan penggiat seni tempatan. Antaranya KKFM sebagai Tuan Rumah, Penterama menghantar 2 pasukan, Golden Sound Production, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, New Sabah Times, SSFC, BFK FC, Adin Clown FC, Siuk FM, Online Fm dan lain-lain lagi. Jumlah keseluruhan pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini sebanyak 17 buah pasukan semuanya.
Pasukan Online FM juga turut tidak ketinggalan menghantar wakil dalam kejohanan futsal ini. Dimana pasukan ini diwakili oleh Prince (Online FM) bersama-sama dengan rakan-rakan dari band Cactus (Arin, Myrul dan Yui), Senandung (Pie dan Chuli) dan The Retrock ( check fb bandpage lineup). Walaupun tidak berjaya ke peringkat seterusnya tahniah dan terima kasih diucapkan kerana membawa nama Online FM pada kejohanan tersebut.
Bagi kategori lelaki, saingan sengit ditampilkan oleh semua pasukan bermula dari peringkat kumpulan hinggalah ke perlawanan akhir. Dimana pasukan Clown FC sebagai “Underdog” telah berjaya menewaskan pasukan penterama menerusi tendangan penalti 2-0. Manakala News Sabah Times pula mengungguli tempat ketiga.
Sementara itu, bagi kategori wanita pula diunnguli oleh Clarice Team dengan menewaskan pasukan dari Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dengan jaringan 6-4. Manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan KKFM FC. Kesemua perlawanan bagi kategori wanita dilangsungkan mengikut sistem liga atau “Round Robin” kerana bilangan penyertaan yang agak sedikit.
Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr Mohd Harun Abdullah. Dimana kesemua pemenang menerima hadiah berupa trophi, hamper dan jersi yang disumbangkan oleh AHBA Sports. Manakala pasukan yang tidak berjaya menerima hamper saguhati yang disampaikan sebelum perlawanan pusingan kalah mati bagi kategori lelaki bermula.
Persembahan daripada beberapa artis tempatan dan wakil pasukan yang bertanding juga turut memeriahkan lagi kejohanan futsal ini. Antaranya Felix, Clarice, wakil dan ramai lagi.

Diharapkan kejohanan futsal ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara media dan selebriti tempatan. Dimana ianya dapat mengisi waktu lapang bersama-sama dengan rakan-rakan dari media dan selebriti. Semoga kejohanan futsal seperti ini akan diadakan lagi dimasa hadapan.