CONTENG BAH 2017 CETUS FENOMENA DI KOTA KINABALU

Minggu lepas telah berlangsung sebuah aktiviti berbentuk seni kreativiti yang di kenali sebagai CONTENG BAH. Ianya merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh anak anak muda yang memunpai minat yang mendalam terhadap seni lukisan spontan. Atau juga di panggil DOODLE. Aktiviti ini berlangsung di RIVERSON WALK yang terletak di tengah tengah bandayara Kota Kinabalu. Kedudukan yang strategik serta hampir dengan pusat membeli belah IMAGO antara penyebab utama tarikan pengunjung beribu orang hadir kesana.
Kujungan orang awam sejak awal pagi membuatkan suasana di Riverson Walk tersebut bertambah meriah. Difahamkan seramai 70 buah vendor/peniaga gerai telah menbambil bahagian dalam aktiviti ini. Dimana, kebanyakkan vendor ini memiliki minat yang amat mendalah terhadap seni kraftangan. Selain lukinsa, pelbagai bentuk hasil kreativiti telah di jual kepada pengunjung. Antaranya gelang tangan, gelang kaki, kalung, pasu, frame gambar dan macam macam lagi. Semuanya di hasilkan oleh vendor itu sendiri.
CONTENG BAH juga telah menjemput beberapa pelukis yang mempunyai nama besar dalam scene doodle ini. Mereka datang dari Kuala Lumpur untuk berkongsi idea, pengalaman serta menambah kenalan dari peluis pelukias sekitar SAbah. Lukisan yang dihasillkan oleh mereka ini mempunyai nilai yang cukup tinggi dan hanya orang orang seni sahaja yang dapat menterjemahkan maksud lukisan yang terhasil.
Antara aktiviti yang menarik perhatian adalah pertandingan DOODLE. Yang mana ianya sebuah pertandingan lukisan yang di anjurkan oleh pihak penganjur. Sepeti mana yang kita lihat di dalam gambar diatas, mereka adalah peserta peserta yang sedang mencuba bakat dalam pertandingan DOODLE. Temah serta konsep telah di berikan oleh pengadil. Manakala ketetapan untuk menyiapkan sesebuah lukisan juga telah di maklumkan kepada para peserta. Walaupun ianya hanya berwarnakan garisan hitam namun, hasilnya mampu membuatkan kita ingin mengantungnya di ruang rumah kita sendiri.
CUBA SENDIRI, ini adakah aktiviti yang menjadi fav kanak kanak terutamanya pelancong luar. Mereka telah di berikan peluang untuk membuat pasu, tembikar serta beberapa buah bentuk kraftangan daripada tanah liat. Kelihatan seseorang tenaga pengajar telah memberikan tunjuk ajar kepada adik tersebut bagaimana membuat magkuk. Sememangnya aktiviti ini cukup menarik minat anak anak kecil.
Kepada yang nak membuat sendiri gelang atau kalung, anda boleh membuatnya dengan idea serta kreativiti anda sendiri. Alatkelengkapan seperti tukul, ragum serta beberapa alat pembuatan kraftangan telah di sediakan oleh vendor di booth mereka. Bukan otu sahaja, tips tips untuk memilih barangan asas membuat kalung atau gelang juga dibrikan oleh vendor yang berada di booth tersebut. Kemesraan para penusaha kepada pelanggan memang sangat baik sekali.
Pereka jenama pakaian tempatan juga tidak melepaskan peluang untuk bertemudengan pengunjung baru. Mereka (clothing line) ini telah di jemput untuk membuka gerai jualan serta pameran t-shirt yang unik hasil rekaan mereka sendiri. Ramai juga pengunjung yang memuji rekaan serta hasil cetakan pengusaha pakaian jenama sendiri ini. Malah ada yang telah menjadikan menteri sebagai pelanggan mereka. Siapa sangka, menteri juga menyokong usaha murni anak anak muda sekarang ini dalam menjadikan bidang perniagaan baju tempatan sebagai sumber pendapatan.
ARTISAN MARKET adalah semuah lable yang mengumpul vendor vendor yang berniaga kraftangan sekitar Kota Kinabalu. Mereka inilah antara vendor yang menjadi bualan minggu lepas di Riverson Walk. Kepelbagaian kraftangan membuatkan para pengunjung tidak putus putus bertandang ke CONTENG BAH. Dengan kadar harga yang mirah dan amat berpatutan, ianya tidak membataskan seseorang itu membeli hanya 1 unit sahaja. Malah ada yang membeli 3 hingga 5 barangan. Nampaknya sokongan warga kota terhadap peniaga tempatan semakin menampakkan kesan positif.
2 orang sumandak inilah yang bertugas memastikan para pengunjung tahu akan jadual yang berlangsung sejak pagi. Mereka adalah pengacara/emcee CONTENG BAH selama 2 hari. Kepetahan mereka bergandingan bahu dalam memeriahkan suasana aktiviti memang menarik sekali. Kekerapan promosi merteka terhadap gerai gerai pameran membuatkan pemilik gerai happy dan tak cukup tangan melayan karenah para pengunjung.
Tidak sah event kalau tiada persembahan live band atau akustik. Inilah kehebatan pemuzik pemuzik yang memang sudah tidak asing lagi di Kota Kinabalu. terutamanya pemain drum yang tersenyum lebar bila mana gambar ini di ambil. Rata rata pemuzik ini adalah buskers yang sering kali kelihatan membuat persembahan di pentas terbuka mahupun acara acara formal. Seleksi lagu lagu yang di persembahkan sepanjang aktiviti ternyata membuatkan sausana di Riverson Walk semakin rancak. Hingga ada pengunjung yang turut serta “sing along” bersama sama mereka.
Tidak ketinggalan juga artis artis dibawah naungan MACAM MACAM MUSIK turut serta memeriahkan aktiviti di pentas CONTENG BAH 2017 yang lepas. Persembahan yang santai dan bersahaja mampu menarik pengunjung dalam serta luar KK pada masa itu.
Antara yang menarik perhatian kami di kawasan food truck adalah food truck yang berbelang merah putih itu, Kelihatan barisan yang panjang sejak pagi hingga ke petang dari pelanggan. Mereka ingin membeli menu istimewa yang disajikan di saat saat cuaca panas iaitu asi krim buah yang unik. Amat sukar nak explain di sini. Apa yang pasti, anda akan merasai memakan buah tembikai di mana ada beberapa skop aiskrim di dalam tembikai tersebut. Sesiapa yang melihat disert tersebut, pasti ingin merasai dan membelinya. Cuma, anda kena beratur untuk mendapatkannya.
Kesimpulannya, CONTENG BAH 2017 telah membuka satu lembaran baru dalam penganjuran sebuah program santai untuk seisi keluarga. Boleh dikatakan event ini SUKSES dan patut di teruskan untuk masa akan datang. Selain dapat menonjolkan bakat bakat baru dalam seni lukisan, program ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda untuk berniaga dan memperluaskan perniagaan mereka dengan bertemu dengan orang ramai. Tahniah dari kami pepada team CONTENG BAH 2017..