Cuba secara solo

Memang hebat pemuzik pemuzik kita sekarang dan tidak dinafikan dimana kelebihan sebagai UNSIGN atau dikenali sebagai INDIEPENDENT membuatkan seseorang itu boleh membuat apa sahaja.Sebelum ini,pihak onlinefm telah membuat artikel tentang sebuah band gabungan Malaysia & Australia iaitu Oneplanet band yang mana salah sorang ahli kumpulannya adalah orang Malaysia.Kini belia ingin mencuba bergerak secara solo plak
Ravie Varmaan adalah seorang anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di Adelaide, Australia sedang mempromosikan single pertama beliau.Rasanya ini merupakan percubaan pertamanya mencipta lagu dalam versi melayu.Dan kita seharusnya berbangga kerana anak Malaysia yang menetap di luar negara telah membuat Malaysia bangga dimana lagu melayu sedang berkumandang di Australia.
Bukan itu sahaja,beliau juga ada mencipta lagu dalam versi English & Tamil untuk dimuatkan dalam album yang akan keluar tak lama lagi.dan dengar khabar,sekarang ini dia sedang BZ menyiapkan klip vedio lagu Dilema tersebut.