Dahn WHYLOW kini bergerak SOLO

Dahn WHYLOW suaru ketika pernah menjadi penyanyi sebuah kumpulan indie yang berasal dari daerah Bongawan Sabah iaitu WHYLOW.Boleh dikatakan band ini memang aktif mengikuti mana mana gigs yang mana penganjur sudi menjemput mereka,sudah pasti tidak akan ditolak akan jemputan tersebut.
Setelah menyambung pelajaran di Kuala Lumpur, AwangKu Muhamad Ramdhan Bin Awangku Mohd Abbas atau lebih suka di kenali sebagai Dahn@Whylow telah mengambil keputusan untuk kembali aktif bermain muzik.Tetapi kini beliau ingin mencuba bergerak secara SOLO.Atas sebab amat sukar bertemu dengan band mate ang kesemuanya berada di Sabah dan masing masing BZ dengan karier serta keluarga masing masing
Baru baru ini mamat ni telah berkongsikan single terbaru darinya yang diberi tajuk PENDIRIAN.Lagu ini direkodkan secara D.I.Y dan disertakan dengan klip vedio secara D.I.Y juga.Diharap karya Dahn@WHYLOW ini boleh diterima oleh pemuzik diluar sana serta yang mengenalinya.Dia juga amat mengharapkan sebarang komen dari pembaca serta pendengar onlinefm.
Dari itu apa kata anda lihat dan layan YOUTUBE ini dari penyani asalnya iaitu Dahn@WHYLOW