Dari Tangkapas kepada Nick Eletrica


Nick Eletrica band telah ditubuhkan pada 17/04/2001,sewaktu itu band ini telah dipelopori oleh nick atie tangkapas semasa beliau berjaya mencipta drum buatan sendiri dengan menggunakan alat-alat terpakai.Dari saat itulah beliau seringkali mengajak abang-abangnya jamming bersama dengan hanya menggunakan gitar-gitar kapok dan drum buatan sendiri didalam bilik tidurnya.oleh kerana terlalu minat dengan muzik akhirnya mereka membeli 1 set drum,gitar karen serta bass karen yang taklah berjenama sangat dengan menggunakan duit saku sendiri.Disinilah segalanya bermula dari sekadar jamm2 biasa telah beralih secara serius untuk menubuhkan band setelah julung-julung kalinya nick atie tangkapas mencipta lagu dalam bahasa dusun rock dan sehingga kini mereka terus bergerak aktif untuk bermain muzik rock.

Nick eletrica dianggotai oleh 3 adik-beradik iaitu jon jacob(bass,vocal),D.yuse of rock(lead guitar) dan nick atie tangkapas(drum,vocal).mereka semua ini berasal dari keningau dan lebih mengutamakan kepada konsep “Alternative rock“.pada mulanya,nick eletrica mempunyai lineup sebanyak 4 orang tetapi selepas 3 tahun bersama salah seorang daripada ahli mereka(second guitar)telah mencari haluan sendiri.namun begitu mereka bertiga masih meneruskan perjuangan dalam industri muzik sehingga kini. keistimewaan yang ada pada nick eletrica band adalah mereka boleh bermain lebih dari 1 alat muzik dan berbakat dalam mencipta lagu bahasa melayu dan K.D.M.ciptaan mereka ini bukan sahaja dalam konsep “Alternative rock” malah dalam kepelbagaian genre.



Sebelum wujudnya nama kumpulan Nick eletrica,band ini pada mulanya diberi nama“TANGKAPAS” tetapi nama ini hanya digunakan untuk mana-mana pertandingan “BATTLE OF THE BAND” sahaja dan nama Tangkapas masih digunakan sehingga kini.Nick Atie juga masih menggunakan nama Tangkapas sempena dengan namanya kerana dialah pencetus ilham nama kumpulan tersebut.band ini juga pernah mengikuti pertandingan battle of the band sebanyak 4 kali iaitu pertandingan battle of the band anjuran Ken Enggineering terbuka keningau 2004 mereka mendapat tempat ke-3,pertandingan battle of the band anjuran foodcourt rakyat superstore terbuka keningau 17/07/2004,mereka mendapat tempat ke-2,pertandingan battle of the band sempena pesta kaamatan terbuka keningau2009,mereka telah mendapat tempat ke-2 dan pertandingan battle of the band sempena pesta kayu koningau dan tadau kaamatan terbuka sabah,mereka mendapat tempat ke-4.selain itu mereka juga pernah mengikuti pertandingan mencipta lagu bertemakan 1malaysia,mencipta lagu bertemakan ibu/bapa anjuran kemulakan UPKO,mencipta lagu bertemakan bahasa 1 dunia anjuran RTM/AMbank.sunggupun tidak mendapat apa-apa anugerah dalam pertandingan mencipta lagu namun mereka tak mudah berputus asa malah semua itu mereka jadikan tempat untuk menimbah ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk terus bergiat aktif dalam penciptaan lagu.


Band ini juga seringkali diundang ke majlis keramaian seperti hari perkhawinan,hari jadi,pesta kaamatan dan sebagainya.selepas 10 tahun bergerak sendiri dalam industri muzik akhirnya Nick Eletrica tampil dengan album sulung yang bertajuk “Munduk Sirung”.album ini dihasilkan di bawah label sendiri iaitu Nick Eletrica Music Studio Recording,memuatkan 10 buah lagu iaitu 9 lagu bahasa dusun dan 1 lagu bahasa melayu.1 lagu bahasa melayu yang bertajuk “sigu jubaidah” adalah berkonsepkan blues rock/hard rock atau lebih dikenali seperti ala-ala AC/DC.Dengan 9 buah lagu bahasa dusun ianya dianggapkan karya terbaik nick eletrica kerana lagu-lagu tersebut pernah dibawakan ke pertandingan “Battle Of The Band” dan ramai permintaan dari para pendengar/peminat Nick eletrica khususnya di pendalaman ini.