“Delegasi Khas” Menyertai Perarakan Maulidur Rasul 1434H

Salam Maulidur Rasul 1434 H
Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sabah  pada 24 January 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 H telah disertai hampir 15,000 umat islam. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan membabitkan 98 kontijen yang terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, swasta, sekolah serta NGO. Para ” Delegasi Khas ” turut tidak ketinggalan menyertai perarakan ini.

Seawal 6.30 pagi ” Delegasi Khas ” telah berkumpul di pintu gerbang Padang Merdeka. Sementara menunggu perarakan bermula para ” Delegasi Khas ” sempat mengambil gambar dan melihat keadaan sekitar yang dipenuhi dengan ramai orang. Dengan paluan kompang dan laungan selawat keatas junjunganNya memnyambut ketibaan Tuan Yang Terutama Negeri bersama isteri, Ketua Menteri, Speaker Dun dan Anggota Kabinet, tepat jam 8.00 pagi perarakan bermula dengan Tuan Yang Terutama bersama isteri mengetuai hampir 15,000 umat islam. Perarakan bermula dari Padang Merdeka hingga ke Perkarangan luar Masjid Sembulan. Para ” Delegasi Khas ” berada dihadapan 98 kontijen yang berarak.

Ketibaan kontijen perarakan disambut dengan laungan selawat dengan beberapa buah persembahan nasyid. Para ” Delegasi Khas ” antara yang tiba bersama-sama kontijen perarakan. Sambil menyaksikan beberapa buah persembahan, sesi bertukar topik bermula sebelum beredar beberapa jam sebelumnya.

Sesi lepak king diatur dengan Restauran Taufik 2 di Kampung Air menjadi lokasi pilihan. Dengan ssesi  pertukaran topik menghiasi waktu brunch ketika itu. Setelah selesai, kesemua ” Delegasi Khas ” beredar untuk melakukan aktiviti masing-masing pada hari tersebut.
Beberapa buah perancangan sedang diatur untuk mengambil bahagian sebagai kontijen rasmidalam sambutan maulidur rasul pada masa akan datang. Antaranya pembuatan sepanduk, penyeragaman uniform dan lain-lain lagi. Diharapkan ianya akan dapat menarik ramai orang untuk menyertai aktiviti perakan ini di masa hadapan.