Dengan Irama Muzik Yang Santai

Sekumpulan ahli muzik telah berjaya menubuhkan sebuah band yang dikenali sebagai The Blackbird. Dimana mereka adalah merupakan diantara band indie tempatan yang amat  diminati ramai oleh peminat muzik tempatan. Band yang berkonsepkan muzik Easy-listening, Retro, Jazz berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.

Ø  Alon – Gitaris
Ø  Chichi – Vocal
Ø  Abuz – Bass
Ø  Salie – Drum
Ø  Imbie – 2nd Guitar

The Blackbird telah ditubuhkan sekitar penghujung tahun 2010. Dimana Alon, Chi Chi, Salie dan Abuz merupakan lineup yang paling awal menganggotai band ini. Ini ditambah lagi dengan penyertaan Imbie kedalam band ini pada awal January 2012 telah melengkapkan keseluruhan posisi bagi band The Blackbird.

Sepanjang penubuhan band The Blackbird, mereka pernah menyertai banyak event-event seperti event rakan muda, voice out, rockfest marathon, dan sebagainya. Pada tahu 2011, mereka telah berjaya mengeluarkan single pertama mereka yang bertajuk “Do You See Me”. Antara beberapa buah lagu yang telah dimuatnaik ke dalam page facebook dan website reverbnation ialah:
Ø  Mampukah
Ø  Do You See Me
Ø  Me And You
Ø  Cerita Satu Waktu
Ø  Lagu Dan Kita
Buat masa sekarang, mereka sedang giat untuk mempersiapkan beberapa buah lagu baru. The Blackbird juga sedang menanti jemputan dari mana-mana organizers yang berminat untuk menjemput mereka membuat persembahan. Dimana segala aktiviti yang berkaitan dengan lagu dan stuff tertunda seketika kerana kesibukan bandmates yang masing-masing berkerja.
Bagi yang belum menyertai The Blackbird di facebook anda boleh klik like pada link yang tertera http://www.facebook.com/TheBlackbirdKk. Selain itu juga anda juga boleh menyampaikan mesej melalui email mereka iaitu theblackbirdband@yahoo.com. Bagi yang ingin menjemput band The Blackbird untuk membuat persembahan anda boleh terus menghubungi Mr. Salie (016-8182557).