DENGAN SLOGAN YANG MENJADI SEBUTAN “In Metal, We Trust”

Band ini berasal dari Putatan, Sabah. Ditubuhkan pada 17 Januari 2011, kumpulan ini memulakan perjalanan dengan nama Skyjuice yang kemudiannya bertukar kepada Seventh Hatred Confession (7HC). Ini kerana nama band sebelum ini tidak sesuai dengan genre lagu yg mereka bawa iaitu, Metalcore.

Penubuhan 7HC ini diilhamkan oleh Afiq dan Mack (Pengasas 7HC). Semasa awal penubuhan 7HC, perubahan lineup berlaku seiring dengan perjalanan karier muzik mereka. Sehinggalah 7HC muncul dengan lineup terkini iaitu:
Ø  Slay (Vocalist)
Ø  El (Guitarist) 
Ø  Boy (Guitarist)
Ø  Fiq (Drummer)
Ex Line Up
Ø  Asey – Bassist (2010-2011)
Ø  Mack – Drummer (2008-2013)
Ø  Victor – Bassist (2009-2010)
Ø  Awg – Lead Vocals (2010-2011)
Ø  Zul – Bassist (2011-2012)
Ø  Achong – Bassist,2nd Vocals (2011-2013)
7HC sangat aktif dalam beberapa penyertaan dalam BTOB di beberapa buah tempat. Antaranya ialah UMS Rhythm of Champion, B.O.T.B di Keningau, Kudat, Pitas dan B.O.T.B anjuran TLDM (Finalis). Mereka juga turut menghiburkan peminat di beberapa buah event seperti Acoustic @ Beach, Noise Sound From Garage Party III, Basement Park Jamm Session, Rise Of The Sayans dan See You On Stage #1.


7HC akan mengeluarkan sebuah single yang berjudul “Ended By You”. Dimana ianya akan di keluarkan pada 7hb Jun atau Julai 2013. Sama-samalah kita nantikan single mereka yang akan keluar tidak lama lagi.
Diakhir kata, 7HC berazam untuk memperjuangkan konsep muzik Metalcore dalam underground music scene selain dalam mana-mana pertandingan yang diikuti oleh mereka. Mereka juga berharap agar konsep muzik ini diterima dengan terbuka oleh ramai peminat muzik tempatan khasnya di Malaysia. Begitu juga bagi band-band yang baru dan ingin mencontohi mereka agar tidak berputus asa dalam memperjuangkan konsep muzik ini di persada muzik tempatan.