DIANGGOTAI OLEH 30 EKOR SYAITAN

Thirty Evil Seconds (30ES) ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2010. Band ini berasal dari Sandakan, Sabah. Kumpulan ini membawa konsep muzik yang berasaskan kepada Metalcore.

Melihat kembali ke masa lampau, lineup kumpulan ini merupakan campuran ahli daripada band-band lain. Dimana terdapat perubahan besar melanda kumpulan ini pada peringkat aal penubuhannya. Akan tetapi ianya tidak mematahkan band ini untuk terus berjuang dalam arena muzik tempatan.

Tulang belakang disebalik band ini iaitu Sheikh, Rahim dan Mark memutuskan untuk merekrut ahli-ahli baru bagi TES ini. Dimana ahli-ahli yang baru direkrut ini ialah Fadli dan Boy. Selepas itu TES terus mara kehadapan dalam perjalanan untuk mengejar impian dalam industry muzik tempatan.

Berikut adalah merupakan lineup terkini TES:

Mark – Vocals
Sheikh – Drums
Rahim – Bass
Fadli – Guitar
Jeanery – Guitar

Pelbagai event telah diikuti mereka sepanjang penubuhan TES. Antaranya ialah Back To Stay Vol I (2011) & Vol II (2012), September Freakshow (2012), Fear The Titans (2012) dan Turn Up The Volume Sandakan. Baru-baru ini juga mereka antara band-band yang dipanggil untuk perform dalam event Shockwave Entertainment Birthday Bash.

Perkembangan TES sekarang ini ialah mereka dalam proses untuk mengeluarkan EP selepas raya. Sama-sama kita nantikan EP band ini keluar tidak lama lagi. Apapun kredit wajar diberikan kepada band ini kerana tidak berputus asa dan terus berjuang di arena muzik tempatan.

Untuk membuat tempahan persembahan dalam event anda boleh menghubungi Sheikh (0143585480). Manakala bagi yang ingin mengikuti perkembangan band ini di laman sesawang anda boleh klik like pada https://www.facebook.com/thirtyevilseconds. Anda juga boleh follow mereka di twitter : http://twitter.com/#!/30evilseconds.