DULU WALKER, KINI UOKA DISTRICT

Baru baru ini, Onlinefm di hubungi oleh salah seorang line-up kumpulan UOKA District. Katanya nak share lagu untuk onlinefm. Then bila lihat muzik video bertajuk LUKISAN MU ini, sepertinya ada penampakan aura

sesebuah kumpulan yang sudah lama hilag dari radar muzik. Dia memaklumkan bahawa dulu mereka guna nama WALKER, kini dah tukar kepada UOKA DISTRICT. Band WALKER memang dah lama dalam sceme muzik di Malaysia ni. Pernah hantar lagu sekitar tahun 2011. Masa tu mereka hguna gambar komik, ternyata identiti WALKER memang kekal dalam nama baru ini.

Pada bulan Oktober 2020,(CENDANA) telah menghubungi WALKER dan mengesahkan permohonan geran untuk dana pembikinan album MENDENGAR LUKISAN telah diluluskan. Mengambil peluang ini sebagai permulaan baru WALKER membuat keputusan untuk menukarkan nama mereka kepada UOKA DISTRICT. Dengan itu, mereka mula menyusun rancangan tentang bagaimana proses rakaman ini akan dilakukan. Rancangan asal adalah untuk meriliskan album pada bulan Jun 2021. Namun, dengan kes Covid-19 yang semakin teruk, kerajaan telah mengumumkan MCO 3.0 diikuti total lockdown pada bulan Mei. Rakaman ketika itu sudah 60% siap. Akhirnya setelah Fasa 3 diumumkan, UOKA DISTRICT kembali ke studio untuk menyiapkan rakaman dan akhirnya pada 13 November 2021, mereka meriliskan single pertama Lukisanmu.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial