DUYUNG TERBANG DITEMUI DI SANDAKAN

Rilek & steady kamu jo, jangan terkejut pasal cerita dongeng akan ikan yang berjantina wanita. Duyung yang dimaksukan sebenarnya adalah sebuah nama kumpulan muzik yang berasal dari Sandakan, Sabah.
FLYING MERMAID adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari. Nama kumpulan yang unik dan penuh kisah menarik disebalik penubuhannya. Sebelum saya nak share kisah nama band ini. apa kata kita kenali siapa disebalik nama FLYING MERMAID.
Kumpulan ini di tubuhkan awal tahun 2017 sekitar dalam bulan March. Ianya adalah hasil kata sepakat peminat peminat muzik tegar rock. Selain Tawau, daerah Sandakan juga memang terkenal dengan genra muzik rocknya. kalau anda menaiki bas pengankutan awam, confirm lagu lagu rock 80an & 90an pasti akan kedengaran di dalamnya.
FLYING MERMAID tampil dengan genra Alternative Rock. Dimana, mereka ingin tampil dengan bunyi yang agak mudah di dengar dan tidak terlalu keras. Namun, naluri dan jiwa ahli kumpulan ini pastinya keras. Terutama sekali dengan hobi bermain muzik dan semangat juang sebagai anak seni. Jom kita berkenalan dengan line up band ini.
FLYING MERMAID dianggotai oleh 5 orang jejaka tampan dan macho setakat ini. Mereka adalah…
- Bie selaku vokalis
- Jex selaku pemain gitar utama
- Wak pula berada di posisi pemain gitar kedua
- Jack memainkan peranan sebagai pemain Bass
- Jul berada di posisi bermain keyboard
- Buat masa ini, mereka menggunakan sessionist untuk posisi pemain drum.
FLYING MERMAID kini dalam proses menyiapkan EP pertama mereka. Yang mana memuatkan 5 buah lagu. Setakat ini, hanya baru 1 lagu yang sudah di keluarkan untuk santapan sahabat serta family yang mengenali mereka. Tidak ketinggalan rakan rakan sosial media. Manakala lagu yang selebihnya masih di peringkat rakaman dan susunan muzik. Di fahamkan, proses rakaman ini di lakukan di sebuah studio yang juga baru juga beroperasi yang terletak di Bandar Megah, Bt8, Sandakan.
“TENTANGMU” adalah lagu single pertama FLYING MERMAID. Lagu ini di tulis oleh Nick dari kumpulan Albab Band. Lagu ini juga sudah di perdengarkan kepada orang ramai. Anda boleh klik link ini Tentang Mu – Flying Mermaid . Menurut BIE selaku penyanyi utama, FLYING MERMAID dalam proses mendapat pengesahan MACP untuk lagu “TENTANG MU”. Apabila semua urusan sudah selesai, lagu tersebut akan di hantar ke semua stesen radio untuk di putarkan.
Berkenaan nama kumpulan FLYING MERMAID ini, ianya tercetus dari seorang kanak kanak yang berusia 4 tahun yang sering kelihatan bermain dengan penuh keseronokan. Yang mana, anak kecil tersebut selalu berkata FLYING MERMAID. Mungkin, dia amat suka dengan watak duyung atau MERMAID yang di lihatnya di kaca TV. Jadi, setiap kali dia bermain, perkataan FLYING MERMAID kerap kali kedengaran oleh Bie, Jex, Jul dan rakan rakan lain. Dari itulah, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan nama FLYING MERMAID sebagai nama di pentas scene muzik sekarang ini.
Untuk pengetahuan para peminat muzik di luar sana, Sandakan antara daerah yang memiliki ramai penyanyi serta pemain muzik yang hebat hebat belaka. Contoh paling dekat adalah kumpulan ATOMIC POWER dan STRUGGLE. Dua nama besar yang membawa nama sandakan terkenal di zaman 80an.
Semoga dengan kemunculan kumpulan FLYING MERMAID ini dapat membawa semangat baru kepada anak anak muda serta pencinta muzik sekitar Sandakan. Sama samalah kita saling support each others dalam misi menaikkan semula muzik scene tempatan ini. bak kata pepatan moden..KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI…