FARZ MUSIC DESTINASI BARU ROMANTIS PENGGERAK SCENE KOTA KINABALU

Penulis masih ingat, ambang tahun baru 2015 merupakan kenangan yang perlu diabadikan dalam diari scene kota kinabalu. Buat julung kalinya organizer gig The Rebel Union membawakan Twenty Sixteen Kick-Off yang menampilkan band-band lokal sabah dan sebuah band dari Indonesia LAS. Lokasinya di Farz Music Studio. Mini gig ini seolah-olah melonjakkan pot baru ini kepada penggiat atau penggerak scene di kota kinabalu apabila hampir setiap bulan kebelakangan ini padat dengan aktiviti seperti gig dan event.

FARZ MUSIC STUDIO

Bermula pada pertengahan 2014, Farz Music Studio bertapak di Taipan, Inanam sebuah pekan yang sibuk di Kota Kinabalu. Membuka dua bilik jamming dengan bayaran serendah RM30 sejam. Dengan kepakaran pemiliknya, Farz Music juga membuat perkhidmatan seperti tuning gitar dan drum. Baru-baru ini Farz sempena ulang tahun yang kedua membuat mini gig sebagai penghormatan kepada pelanggan dan pengunjung yang banyak memberikan sokongan kepada mereka. Seperti yang kita ketahui lokasi Farz berada di Taipan Inanam tapi dengan sikap pemiliknya yang mengambil berat akan keselesaan pengunjung, Farz berpindah di sebuah lokasi yang terletak di Inanam Capital, tidak jauh dari lokasi awal.



INANAM : PEKAN YANG SIBUK 

Inanam merupakan sebuah pekan kecil yang sibuk, perjalanan dari pusat bandar hanya kira-kira 10 minit jika tidak terperangkap dalam kesesakan jalan yang melampau. Mempunyai pasar malam yang indah serta memiliki air terjun Kionsom yang popular dengan pengunjung yang ingin beriadah di hujung minggu. Menyentuh sedikit pergerakan scene di Inanam yang mempunyai jaringan individu dan band yang tidak kurang hebatnya. Jika masih ingat band Arah Kiri rata-ratanya line-up mereka berasal dari pekan kecil ini. Band yang aktif dan giat dalam scene sekarang adalah Condamn The Corruptor juga merupakan penggerak scene di pekan Inanam.

FARZ MUSIC SECOND ANNIVERSARY PARTY

Baru-Baru ini Farz Music tampil dengan party sebagai penghargaan mereka kepada penyokong. Terima Kasih atas menu ayam goreng merah yang memang sedap. Antara band-band yang beraksi adalah seperti yang tertera dalam poster. Sebagai penyokong scene di Sabah khususnya, penulis mengharapakan lebih ramai pemilik studio yang tampil memberikan sokongan kepada pergerakan scene kita. Pemilik Farz Music sudah tersenarai sebagai individu yang sentiasa menghargai dan menyokong pergerakan ini. Kita harapkan keadaan ini akan berterusan dan membawa cerita yang indah kepada scene dan Farz Music. Nampaknya tahun ini lokasi yang romantis milik mereka.


Sokong lah pergerakan lokal. Kalau bukan kita, siapa lagi? 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial