FOKUS BELAJAR DI SEKOLAH UBAH MENTALITI MASYARAKAT TENTANG PUNK-VETERNAN
Jiwa muda dan impian yang tinggi, tiga orang pelajar sekolah. Bermain muzik pantas dan keras, punkrock. Mereka datang dari satu daerah, Putatan Sabah. Hasil suntikan pengaruh daripada lirik-lirik band legenda Nirvana mereka memetik sebuah perkataan ‘Veteran’ yang mereka dedikasi kepada band-band lama. Memandangkan perkataan Veteran kurang sedap didengar mereka menjadikan perkataan itu kedengaran owesome iaitu Veternan.
![]() |
Dari kiri – Riko, The Niz & Xrip |
Veternan dianggotai oleh 3 jiwa muda penuntut atau pelajar Tingkatan 3 yang mempunyai semangat kental. Riko atau Asharie berada diposisi gitar dan vokal, Xrip atau Sharif bermain bass gitar dan drum oleh The Niz atau Saiful. Farizan yang bermain lead gitar meninggalkan band pada awal penubuhan atas alasan peribadi.
Veternan bermain muzik punkrock dengan menghasilkan lirik berkaitan kehidupan dan nasihat yang mereka tujukan kepada kawan-kawan dan sebagai pedoman hidup mereka. Mereka baru sahaja menyiapkan demo yang mengandungi 4 track, penulis sudah mendengarnya dan sudah tentu mereka mampu pergi jauh jika terus bermain muzik.
PUNK TIDAK SEMESTINYA LENGKAP DENGAN MOHAWK DAN JAKET KULIT
Walaupun mereka muda dan baru dalam komuniti underground tetapi mereka mempunyai pendapat sendiri berkaitan penampilan dan cara mereka tersendiri. Antara yang mereka kongsikan dengan penulis ada berkaitan cara kehidupan seorang punkers, menurut mereka seorang punkers tidak boleh dinilai dari segi penampilan, pakaian dan cara mereka bersosial. Tambah mereka lagi, apa yang penting ada sama ada seseorang itu menjiwai sesuatu dan mempunyai identiti tersendiri.
BELAJAR DAN DAPATKAN KEPUTUSAN YANG BAIK DI SEKOLAH, JADI ORANG YANG BAIK UBAH PANDANGAN ORANG TERHADAP PUNK
Penulis sebenarnya sangat respect dengan band ini kerana mereka bersifat matang dalam menentukan identiti mereka sendiri. Menurut pemain gitar bass mereka Xrip, satu lagi matlamat mereka adalah cuba untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap komuniti punk dengan menunjukkan kelakuan dan pencapaian yang baik di sekolah. Mereka kecewa apabila komuniti punk dilabel sebagai orang yang bermasalah dan sering terlibat dengan masalah sosial.
CITA-CITA DAN IMPIAN DALAM SCENE
Veternan yang bermula pada 2014 dengan pengaruh band seperti Nofx, Superman is Dead, Plaque Of Happiness mempunyai impian mereka yang tersendiri selain daripada mencari peluang untuk beraksi di pentas gig lokal, mereka mempunyai cita-cita beraksi di stage antarabangsa. Mereka juga sedang menunggu dan memperlawa sebarang pandangan dan kritikan daripada kawan-kawan dan individu yang mendengar demo yang mereka hasilkan baru-baru ini agar mereka dapat memperbaikinya.
Penulis percaya dengan jiwa muda dan semangat baru yang muncul dalam komuniti atau scene lokal, mereka harus diberikan peluang dan pengalaman baru serta kritikan yang membina agar mereka dapat meneruskan impian dan tidak mensia-siakan bakat mereka.
Veternan boleh dihubungi melalui laman sosial mereka.
Facebook/veternan