Gabungan Malaysia & Australia

ONE PLANeT adalah sebuah band yang menampilkan 3 pemuzik yang mempunyai kekuatan tersendiri.Mulanya pihak onlinefm terkejut bila mendapat email dimana beberapa lagu telah dimuat naik dan ingatkan ianya band luar negara.Rupanya sangkaan kami silap…

Band ini adalah hasil gabungan 2 negara iaitu Malaysia & Australia.Siapa sangka TRIO ini dah menjangkau usia 15 tahun penglibatan dalam dunia muzik.Satu jangka masa yang lama dan sudah tentu boleh digelar OTAI juga ni kan…

Antara lagu yang telah dimuat naik ke sistem onlinefm adalah LOVE IS BLINE & NEVER ENDING GAME dan semestinya korang dah boleh merekues lagu lagu ini sekiranya ada DJ yang bertugas.Untuk mengenali dengan lebih lanjut akan band ini,korang boleh layari page mereka di FB iaitu ONE PLANeT Band atau kunjungi website mereka iaitu www.oneplanetband.com

Jutaan terima kasih kepada Mr Ravie Varmaan kerana kesudian berkongsikan lagu lagu mereka kepada onlinefm.Insyallah,pihak kami akan membantu memutarkan lagu lagu ini setiap hari.