Gadis Misteri yang bernama ‘Nastia”

Nastia adalah satu nama yang begitu cantik sekali, walaupun kita tidak pernah mengenali si pemilik nama ini, namun empunya nama ini begitu bertuah sekali kerana namanya telah diabadikan oleh band ini untuk dijadikan nama bagi kumpulan mereka.
Nastia ditubuhkan pada tahun 2011, iaitu selepas mereka memenangi tempat ke dua dalam pertandingan “Battle of the Band” anjuran SuriaFM. Pada mulanya sebelum memenangi pertandingan ini, Nastia tidak ada identiti khas untuk dibawa. Walau bagaimanapun setelah memenangi pertandingan tersebut, ianya telah merubah Nastia untuk menjadi lebih bersemangat untuk terus berkarier, di mana mereka telah mengeluarkan demo pertama mereka bertajuk “Hapus Kesalku” dalam bulan September 2011. Semangat untuk berkerier tidak terhenti setakat itu sahaja, sehingga mereka berjaya mengeluarkan EP bertajuk ‘Xpresi” di mana dalam EP ini mengandungi beberapa buah lagu hit mereka antaranya adalah Pastel, hanyut  dan  Kosong.
Ahli kumpulan ini terdiri daripada lima orang jejaka iaitu Loe Azman selaku Penyanyi, pemain keyboards dan penulis lirik; Rudy Iskandar selaku pemain gitar dan pencipta lagu; Zach Zainal Zainir selaku pemain gitar; Adzim Shafii selaku pemain gitar bass; Taqi Ahmad selaku pemain drum dengan bravado. Mereka percaya bahawa dengan bernyanyi bersama-sama akan membuatkan mereka lebih akrab dan menganggapnya sebagai satu persahabatan. Genre muzik yang mereka perjuangkan adalah Experinmental Alternative / Rock

Sekali sebut nama Nastia pastinya anda akan sebut berkali-kali kerana ianya satu nama yang begitu cantik sekali dan mempunyai rahsia yang tersembunyi disebalik nama ini yang ingin dikongsi oleh mereka. Sebenarnya Nastia adalah nama seeorang wanita yang diambil bersempena dengan nama seorang bekas teman wanita salah seorang daripada anggota kumpulan band ini.

Sekiranya anda ingin mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi sila layari lama sesawang mereka di link  https://www.facebook.com/nastiamusic/info dan jika anda ingin melihat persembahan mereka sila klik http://www.youtube.com/thenastiamusic.

Onlinefm mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Nastia berkongsi profile dan lagu-lagu mereka. Harapan kami semoga Nastia akan sentiasa suksess dalam semua bidang yang mereka ceburi dan menjadi sebuah kumpulan yang terkenal suatu hari nanti.