Gadis Tuaran kacukan Arab

Siapa sangka gadis ini mempunya darah arab yang mana berasal dari sebuah daerah di Sabah iaitu Tuaran.Norule Habibi yang kini baru berusia 22 tahun adalah seorang penyanyi yang mempunyai bakat besar dalam industri yang diceburinya.
Baru baru ini,email OnlineFM telah menerima sebuah lagu yang mana hasil ciptaan & nyanyian beliau sendiri yang bertajuk Kau Yang Ku Cintai.Kini lagu tersebut sedang dalam proses kemaskini yang mana akan berada didalam sistem onlinefm dalam masa terdekat ini.
Berikut adalah serba sedikit profile diri beliau…
Umur: 22 tahun
Asal: Tuaran
Bangsa: Bajau kacukan arab
Sekolah rendah: Sk.laya-laya tuaran
Sekolah menengah: Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu
Kelulusan: Diploma in tourism management (UITM KK)
Pekerjaan: Business woman
Hobi: menyanyi, menari, bersukan (Bola tampar) dan melancong.
Cita-cita: ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dalam masa yang sama ingin menjadi seorang penyanyi yang memperjuangkan lagu-lagu sabah di persada Malaysia. 

Kini Norule Habibi sedang dalam proses mempromosikan single ini disetiap media massa serta radio radio frekuensi.Beliau juga mengharapkan support dari para pendengar diluar sana untuk memberikan sebarang komen bagi dia lebih banyak belajar serta mendalami perjalanan sebagai seorang penyanyi.