GIG DI CENTRAL PLAZA DAPAT KUMPUL DAN JUMPA KAWAN LAMA

AHAD, JOM LEPAK itulah nama gig yang diberikan oleh lable CHENTA-MUSIK. Satu lable yang dahulunya memang aktif dengan penganjuran gig/show underground. Master Mind dalam lable ini adalah Wani & Epul. Mereka adalah adik beradik yang memang minat terhadap muzik. Masing masing memiliki bakat yang turun dari keluarga muzik. Tidak hairanlah event tadi telah di kunjungi oleh ramai rakan rakan dalam arena muzik bawah tanah. Ada yang hadir dengan family. Tidak lupa ada juga yang hadir secara solo.

Selain persembahan live band, juga di sediakan booth jualan dan pametan. Antaranya jualan merch band local. Antara beberapa keping gambar yang sempat di ambil sewaktu berada di lokasi gig.

 

 

 

 

 

 

Tahniah di ucapkan kepada CHENTA-MUSIK (Wani & Epul) atas kejayaan gig tadi. Sememangnya nama CHENTA-MUSIK memang masih dikenali dan mempunyai ramai suppoter. Harapan kami agar event ini dapat di teruskan bagi membuka lebih banyak platform kepada pemuzik pemuzik baru mahupun lama kembali bergiat di pentas LIVE BAND.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial