GIG ESCAPIST NATION 3 PEMBAKAR SEMANGAT DIAWAL TAHUN 2018

Tahniah di ucapkan INDULGE COLLECTIVE  atas kejayaan menganjurkan gig edisi ketiga mereka iaitu ESCAPIST NATION #3 di BlackBox KK. Walaupun lable ini agak lama sepi dari arena penganjuran gig, tidak bermakna mereka tidak prihatin akan scene muzik di Sabah khususnya underground. Rasanya yang terlibat dalam penganjuran gig ini telah membuat perancangan yang teliti dari segi pemilihan band band lokal yang bakal naik ke pentas mereka serta penyediaan sistem bunyi yang terbaik untuk para peserta gig tersebut. Serta cuba mencari band luar yang sesuai untuk turut serta memeriahkan gig edisi ke 3 ini.

Justeru itu. untuk edisi ketiga ini, mereka telah menjemput 2 buah band luar iaitu sebuah band dari Kuching Sarawak dan sebuah band lagi dari Negara Brunei Darussalam.

 

Penganjur (Dwen) bersama kumpulan Rose On My Coffin Door yang berasal dari negara Brunei.
Kumpulan Mountains yang berasal dari Kuching Sarawak 

Manakala band lokal yang telah membuatkan crowd tak pernah berhenti enjoy di hadapan pentas adalah seperti yang tertera di poster rundown di bawah.

 

Untuk mengetahui apa yang berlau sewaktu GIG lepas, sila lihat vedio highlight yang telah di sediakan oleh RACHUNTV ini

https://www.facebook.com/Rachuntv/videos/266490810551607/

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial