GURU MUZIK MAIN MUZIK HARDCORE
Whisper to the Deaf nama yang mereka pilih untuk dikenali didalam arena muzik tempatan. Siapa sangka, mereka ini yang masih lagi belajar telah mewakili Malaysia ke pertandingan YAMAHA ASEAN BEAT 2014 yang lepas. Walaupun ianya sudah 2 tahun berlalu,namun masih sempat lagi kami nak ucapkan TAHNIAH kepada band ini atas kejayaan mewakili tanahair kita ke negara matahari terbit itu.
Band ini di tubuhkan seawal tahun 2014 dan di anggotai oleh 6 orang pemuzik yang amat berbakat dalam arena muzik. Dimana salah seorang anggotai kumpulan ini adalah wanita. Muzik yang mereka pilih dan kembangkan sekarang di arena gig sekitar KL adalah “POST HARDCORE”. Rasanya ini antara genra muzik yang menjadi trend anak anak muda masa kini. Muzik yang laju dan memerlukan teknik vokal dan showmanship yang padu semasa atas stage. Difahamkan juga kepada kami bahawa mereka ini adalah guru guru mzuik disebuah kolej sekitar Kuala Lumpur.
Kini, Whisper to the Deaf sudah mempunyai lagu pertama mereka yang sedang di promosikan di media media sosial mereka yang bertajuk WINTER’S TALE. Dimana lagu ini juga sudah berada di playlist onlinefm . Anda boleh dengarkan lagu ini setiap hari tanpa henti. Hanya perlu klik link yang kami sediakan di tepi weblog ini.
Apapun, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada band ini atas kesudian mereka berkongsi lagu dan maklumat untuk kami. Diharapband ini akan terus mencari peluang peluang perfom di khayalak ramai dan akan lebih banyak mengeluarkan lagu lagu yang berkualiti yang boleh setanding band band barat. Good luck Whisper to the Deaf.