GURU MUZIK SK BANDAR TAWAU RUPANYA SEORANG ROCKERS

“MUSIC IS MY LIFE”… itulah kata kata yang tertanam di dalam sanubari seorang pendidik yang bertugas sebagai seorang guru muzik di salah sebuah Sekolah Rendah iaitu “SK Bandar Tawau II”. Daerah Tawau merupakan lubuk rockers yang sememangnya di akui sendiri oleh brader Peweitttt kita
the one and only AMY SEARCH”.
DIANA atau nama penuhnya Diana Sardi Jackson merupakan seorang anak seni yang cendenrung pada aliran muzik Rock. Ini terbukti dengan kelahiran lagu single terbarunya yang berjudul “MONOMANIA”. Lagu ini baru sahaja siap dan kini sedang mencari perhatian warganet untuk menilai dan mengenali DIANA. Lagu ini dapat sentuhan orang orang hebat, antaranya MANPARE, AWANG dan FAUZI MARZUKI. Proses rakaman dilalukan di Neolithic Studio.