Hadiah untuk peminat 4.A.G

Memang tidak dinafikan yang band ini adalah satu satunya band dimana kesemua anggota kumpulannya berbangsa cina.Antara band METAL yang paling digeruni bila satu stage dengan mereka.Almaklumlah,memang sukar nak dengar bila sesebuah lagu chiness dibawa dalam versi METAL kan.itulah dia kelebihan 4.A.G (For Aggressive Gentlemen) band
Baru baru ini kami menerima lagu demo yang mana baru sahaja dirakamkan di salah sebuah studio yang ada sekitar Kota Kinabalu.Judul lagunya adalah LISTEN.Pada mulanya,bila mana kedengaran intro lagu ini,boleh meremang bulu roma dimana sentuhan petikan gitar memang ada auranya tersendiri.
Semestinya OnlineFM telah diberikan kebenaran oleh mereka untuk memutarkan lagu ini sebagai tujuan promosi.Anda boleh merekuesnya pada penyampai yang bertugas atau melayari page mereka di FB