HAMPIR 1000 ORANG DATANG MENYAKSIKAN THE SIGIT



BLACK AMPLIFIER FEST  sudah pun melabuhkan tirainya minggu lepas.Kepada yang menjadi fans kumpulan THE SIGIT, pasti anda akan dapat melihat pic diatas di upload kedalam FB page mereka.Tahniah kepada pihak penganjur yang bertungkus lumus dalam penganjuran showcase ini.Khususnya kepada tulang belakang kumpulan WILDHORSE iaitu Aweng dan seorang lagi sahabat beliau iaitu Hata Azua

Aweng@Wildhorse

Hata Azua@HUHA

Menurut beliau, show ini bermula agak lewat 2 jam dari masa sebenar.Bermakna, ianya bermula sekitar jam 12 tengahari macam tu.Ini kerana ada berlaku beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan persiapan yang masih belum selesai.Akan tetapi, dengan bantuan rakan rakan lain, alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Poster made by Mr Rudiyanshah dari Bandung, Indonesia
Kalau anda lihat senarai band yang perfom, memang harga tiket RM30 cukup berbaloi untuk dibeli.Mana tidaknya, fest ini telah mengumpul begitu ramai band band hebat dari sekitar Borneo.Malah bukan setakat borneo, band dari semenanjung juga ada.Dan yang paling hebat bila mana ada penglibatan band dari indonesia selaku band HEADLINE dan 2 buah band lain yang berasal dari Pontianak.
Local heroes dari sarawak, seramai 21 buah kumpulan .5 buah band dari Sabah.Manakala 3 buah band dari semenanjung dan 3 buah band lagi dari Indonesia.Bermakna ada 32 buah band berada di 1 pentas yang sama.
Memang venue masa tu pack dengan kunjungan peminat band band lokal.Difahamkan hampir 1000 orang memenuhi ruang dalam dewan.Walaupun show ini agak sedikit lewat, namun pengunjung tetap setia menanti dengan penuh sabar.
Jutaaan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur atas keberanian menganjurkan event sebegini besar.Nama nama band yang hebat telah merasai pentas di bumi kenyalang.Iaitu Zip Zieller dan semestinya band headline iaitu THE SIGIT.
Showcase ini juga di kendalikan dengan berkonsepkan D.I.Y dan tidak mendapat mana mana tajaan.Walaupun begitu, ternyata komitment yang di berikan oleh 30 orang crew memang hebat.Usaha keras selama berbulan bulan membuahkan hasil yang hebat.