HAMPIR 300 ORANG ROCKERS TAWAU HADIR


Hari Sabtu lepas (16 Jun 2019) telah berlangsung aktiviti riadah belia rockers Tawau iaitu TAWAU ROCK CITY REUNION. Dimana hampir 300 orang belia serta remaja yang meminati muzik rock kapak hadir ke Dewan Arena Belia Tawau.
Sebelum itu kelihatan YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan juga turut hadir dan menyaksikan persembahan bertenaga pemuzik Tawau ini.

Difahamkan bahawa YB Datuk Hj Nizam juga bercadang untuk mengadakan program sebegini rupa dalam skala yang lebih besar di daerah Tawau. Ini dinyatakan di dalam status FBnya yang telah dimuat naik pada pagi tadi. Amat beruntunglah belia belia rockers di Tawau kerana mempunyai sokongan padu dari YB sendiri.

Jutaan tahniah kepada pihak penganjur iaitu TAWAU ROCK CITY atas penganjuran gig REUNION ini. Semoga akan lebih ramai lagi bakat bakat baru yang memilih genra ROCK KAPAK ini dalam bekarya.