Hang Out With…

Alhamdulillah,program Hang OUT With…telah pun selesai dilaksanakan.Ini merupakan percubaan pertama OnlineFM membuat penganjuran sebegini rupa.Walaupun serba kekurangan dari segi kelengkapan peralatan P.A Sistem,namun ianya tidak menjadi halangan.Terima kasih kepada Soundblazer Studio kerana sudi membantu meminjamkan beberapa alat kelengkapan bagi melancarkan event tadi siang.

Memang tidak dinafikan event ini memang kurang promosi malah dalam masa 2 hari pihak OnlineFM telah melakukannya,dan alhamdulillah sambutan dari sahabat handai dan teman teman pemuzik lain turut hadir menyaksikan persembahan austik dari 3 buah band.
Rascallict

Rascallict adalah band yang membuat persembahan pertama dimana membawakan 4 buah lagu.Band ini berasal dari Penampang Sabah yang mana baru sahaja selesai merakamkan 3 buah DEMO.Mereka telah merakamkan demo ini di Soundblazer Studio yang terletak di Dongonggon,Penampang.Secara tak langsung mereka bekerja dengan Brader Suhaimi selaku tuan punya studio rakaman.

Konsep muzik yang di bawa oleh band ini adalah Post Rock dan mereka lebih gemar sekiranya member member mereka mengenali mereka dengan konsep Rascalict Sound kata salah sorang ahli kumpulan tersebut ketika di tanya oleh pihak OnlineFM.
Kesemua DEMO yang rakamkan,serta lirik liriknya dicipta oleh mereka sendiri yang mana ianya berkaitan isu semasa yang berlaku di dunia sekarang ini.Sememangnya band ini memang mempunyai bakat yang hebat serta harus di beri peluang untuk tampil di mana mana program yang melibatkan persembahan.
Kopikamilo

Selain Rascallict,ada lagi band yang telah jemput untuk membuat persembahan iaitu kumpulan KOPIKAMILO.Memang pelik nama band ini kan.Nama ini tercipta bila mana kesemua mereka mempunyai minat minum minuman yang masa iaitu MILO.Dijadikan satu cerita,bila minuman yang mereka oder iaitu MILO mempunyai rasa yang pahit seakan KOPI.Dimana rasa milo adalah manis,tetapi ini lain jadinya.Dari itu,mereka mengambil keputusan untuk meletakkan nama band mereka KOPIKAMILO.Dalam masa yang sama,didalam menempa pengalaman manis bersama ahi kumpulan,terdapat pengalaman pahit juga  yang kereka semua alami dalam melibatkan diri dalam bidang muzik ini.Apatah lagi mereka ini masih lagi belajar di IPTS sekitar Kota Kinabalu

Art Of Arje

Art Of Arje merupakan band terakhir yang membuat persembahan akustik dalam program ini.Band ini menggunakan khidmat secessionist yang terdiri dari ahli kumpulan Kopikamilo.Sebenarnya,kesemua mereka ini adalah menuntuk di kolej yang sama.Pasal tu lah,mereka saling bekerjasama dalam segala bentuk persembahan mahupun apa sahaja perkara.

Band ini telah menghasilkan lebih 15 buah lagu yang mana semuanya hasil ciptan sendiri.Cuma yang baru dirakamkan hanya 4 buah sahaja.Sebelum ini lagu ALAM MAYA adalah demo pertama yang memperkenalkan Art Of Arje kepada pendengar onlinefm

Alhamdulillah dimana Kopikamilo & Art Of Arje telah mengeluarkan DEMO mereka yang dijual dengan harga RM7 yang mana memuatkan 4 lagu dari Art Of Arje & 4 lagu lagi dari Kopikamilo.Boleh dikira ini adalah teknik mereka mempromosikan cd mereka kepada member member yang ingin mendengarkan lagu lagu mereka.
Seperti yang diberi tahu,mereka telah membuat sebanyak 10 salinan sahaja dan alhamdulillah telah terjual sebanyak 7 keping.Dan tadi siang pun ada juga pembeli yang telah membelinya untuk dijadikan koleksi peribadi.Sememangnya lagu lagu mereka ini memang bagus dan easy listening.
Apa pun,kami ingin ucapkan terima kasih kepada anda benrtia atas kesudian hadiir dan membuat persembahan.Serta member member seonline juga turut serta.Walaupun ada yang lewat sampai,namun ianya merupakan satu penghargaan bagi kami selaku penganjur.
Insyallah,bulan hadapan kita akan lihat 3 buah band lagi akan mempersembahkan lagu serta karya mereka sendiri.Untuk melihat gambar sekitar event,sila layari page kami iaitu OnlineFM