HANYA SELANGKAH LAGI JUARA LAGU 2017 MILIK MEREKA

HONEST adalah sebuah kumpulan muzik yang memang di kenali di daerah keningau Sabah. Sebut sahaja kumpulan HONEST, sumandak sumandak sekitar daerah tambunan, tenom serta keningau pasti akan berada di hadapan pentas untuk sing along dengan lagu lagu ciptaan mereka sendiri.

Ditambah lagi dengan corak persembahan yang santai dan mesra crowd merupakan senjata utama kepada band kelahiran daerah keningau ini. boleh dikatakan 100% lagu lagu mereka adalah hasil ciptaan mereka sendiri. Man sekalu vokalis adalah tulang belakang atau mastermind yang memastikan setiap lirik lirik lagu yang ditulis akan sampai kejiwa para peminat serta pendengar pendengar setia mereka.

HONEST

Tidak hairanlah kalau lagu lagu yang dicalonkan didalam carta lagu tempatan di daerah mereka, pasti akan ada lagu kumpulan ini tercalon. bukan setakat itu, malah mampu masuk ke peringkat akhir. Dan mampu bersaing dengan lagu lagu lain.

Pada tanggal 15 April iaitu hari sabtu ini, kumpulan HONEST sekali lagi akan naik ke pentas akhir pertandingan JUARA LAGU KENINGAU FM. Dimana lagu SEPARUH HIDUPKU telah di pertandingkan.

Sekarang ini, kumpulan HONEST sedang giat berlatih dalam persiapan akhir bagi mencuba membawa pulang kejuaraan yang di pertandingkan pada beberapa hari sahaja lagi. Pastinya mereka akan memberikan persembahan yang terbaik pada hari sabtu ini. Dari itu, mereka amat amat memerlukan sokongan padu daripada para peminat band band tempatan serta follower mereka sendiri untuk berada di hadapan pentas serta memberikan 120% sokongan sewaktu pertandingan.

HONEST

Dengan cara ini, semangat mereka akan lebih membara dan sentiasa akan memberikan persembahan yang pasti meninggalkan 1000 kenangan. Sudah memang adat pertandingan ada kalah dan ada juara. namun itu bukan misi kumpulan ini. Apa yang mereka harapkan adalah lagu lagu mereka sentiasa menjadi JUARA di hati para peminat,penyokong semestinya warga keningau yang mengenali kumpulan HONEST ini.

Jadi, kepada HONEST BROS di luar sana, pastikan anda berkumpul di dewan Masyarakat keningau seawal jam 10am. Bagi memastikan kawasan hadapan pentas menjadi milik HONEST BROS…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial