Hidup Hanya Sekali

Dianggotai oleh anak muda yang masih bersekolah dan kacak. Band yang dimaksudkan ini siapa lagi kalau bukan band The Lo. Mereka merupakan salah seorang pelajar di sebuah sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu,

The Lo telah diasaskan hasil ilham 2 orang anak muda iaitu Madir dan Amin sekitar tahun 2012. Dimana pada waktu itu mereka hanya sekadar bermain untuk suka-suka sahaja. Nama The Lo diambil sempena L (Live) dan O (Once) bermaksud hidup hanya sekali.

Mereka sebelum ini memulakan langkah seni dengan belajar bermain alat muzik seperti gitar di tempat-tempat orang. Namun selepas beberapa tempoh dengan aktiviti jame session, maka mereka akhirnya sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah band. Mereka memperjuangkan konsep muzik Indie/Alternative Rock dengan membawa pengaruh muzik dari band The Stroke.

Idea untuk maju ke dalam bidang muzik menjadi sasaran utama bagi The Lo. Dengan mereka masih lagi bersekolah, sudah tentu membataskan sedikit waktu untuk bersama dalam menyiapkan lagu sendiri yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, mereka ingin membuat cita-cita yang lebih besar iaitu dengan memajukan scene muzik di Sabah.

Sungguhpun masih baru, mereka telah menyertai beberapa event seperti live band aidilfitri di Putrajaya, Tuaran dan Acoustic @ Tanjung Aru Beach. Dijangkakan kalau tidak ada halangan mereka juga akan turut menyertai beberapa pertandingan kompetetif seperti BTOB atau mana-mana event di masa akan datang. Diharapkan agar para peminat The Lo bersedia untuk menantikan kemunculan mereka dalam pentas seni pada bila-bila masa sahaja.

Berikut adalah Anggota The LO:

  1. Madir (Drummer/https://www.facebook.com/madioratauatir?ref=tn_tnmn)
  2. Amin (Bassist/https://www.facebook.com/aminuddin.mastermindz?fref=ts)
  3. Emon (Lead Guitarist/https://www.facebook.com/emon.nos?ref=ts&fref=ts)
  4. Sharie (Rhytm/https://www.facebook.com/achinoz.chi?fref=ts)
  5. Arif (Ex-Vocal)
  6. Nathelo (Ex-Vocal) 

Untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut, anda bolek klik terus ke bandpage mereka. http://www.facebook.com/Themetrocitylisticks?fref=ts