HIDUP SEBAGAI ROCKSTAR DAN MATI SEBAGAI LAGENDA

Muzik yang cukup bertenaga daripada generasi muda ini membuatkan kita yakin bahawasanya aliran muzik seperti ini boleh bertahan 15-20 tahun lagi. Semangat kental mereka pada muzik moden pastinya berubah mengikut peredaran zaman. LINKIN PARK & LIMP BIZKIT
sudah tentu menjadi sumber inspirasi mereka mencipta lagu mereka sendiri. Berbekalkan kreativiti ahli kumpulan dan support dari rakan rakan sekeliling, akhirnya Muzik Video LEGEND yang hebat ini dapat direalisasikan.
Lokasi pengambaran yang sepertinya di kawasan skatepark dan kelibat skaters membuatkan lagu ini lebih teserlah akan penglibatan generasi anak muda yang cenderung pada sukan X-Games. Bait bait lirik yang seperti LIVING LIKE ROCKSTAR, DIE LIKE A LEGEND seolah olah mereka mempunyai idola yang ingin mereka hormati. Kini MV ini sudah mendapat tontonan hampir 12k view. Kepada yang belom tengok MV ini, sila klik link dibawah…