ONLINEFM atau singkatan ON9FM merupakan sebuah stesen radio atas talian (Radio Internet) ditubuhkan pada tanggal 1 Januari 2010 oleh beberapa orang pengiat tegar kepada radio internet. Mereka  merupakan orang yang mempunyai minat yang mendalam terhadap karier sebagai “Penyampai Radio”. Usaha gigih mereka telah membuka peluang kepda artis artis baru yang ingin mempromosikan lagu lagu ciptaan menera menerusi stesen radio ini. Objektif utama penubuhannya radio internet ini adalah untuk membantu pemuzik secara berkumpulan (band Indie) dengan cara memainkan lagu, mempromosikan muzik video terbaru mereka kepada “follower” serta penyokong gerakan muzik indipendent yang ada di Malaysia.