Imiginasi Gloria

Gloria ditubuhkan sekitar tahun 2005 yang mana penubuhan ini berlaku secara spontan apa bila Aie (bass) & Monche (drum) yang mana masing masing sedang mencari line up untuk band masing masing.Inilah yang dikatakan takdir dimana pucuk dicita,ulam mendatang bila mereka berdua membuat keputusan untuk bergabung dan menubuhkan sebuah lagi ban dyang dikenali sebagai Gloria ini.

Pada masa yang sama juga Aie dan Oss (gitaris) adalah teman rapat yang mana mereka berdua ini berasal dari Segamat, Johor.pada malam pertemuan mereka bertiga ini,mereka menghabiskan masa untuk mengadakan 1st Jamming dimana kebanyakkan lagu lagu cover yang mereka bawa kebanyakkannya dipengaruhi oleh kumpulan MUSE dimana masa ni lagu lagu muse baru mendapat perhatian di malaysia ini.

Sekitar tahun 2006-2009, disebabkan masing-masing sibuk bekerja, Gloria tidak berapa aktif mencari dan membuat persembahan. Hanya kerap jamming untuk melepaskan kerinduan pada alat muzik masing masing. Akan tetapi, Monche pula  aktif bermain di gig dan busking pada masa ini.Malah dia pernah bermain bersama Julie Goes Overseas  sehingga memenangi tempat kelima di dalam ROTTW Soundstage 2008.Selain itu turut menjadi sessonist drum/percussion untuk rakan-rakan band yang lain seperti Jenny’s and the Melody dan Fynn Jamal.

Kalau dilihat dari beberapa artikel yang pernah menulis mengenai band ini,ketiga tiga ahli kumpulan ini mempunyai kelebihan masing masing.Tetapi,kelebihan itu tidak kelihatan pada band asal mereka iaitu Gloria ini.Aie pernah menjadi gitaris kumpulan Mustard & Tishue.Mereka sendiri pernah menyatakan yang band ini tidak aktif pada band sendiri.Akan tetapi,mereka tetap meluangkan masa untuk jamming bersama sama hinggalah suatu hari,mereka membuat keputusan untuk masuk studio rakaman dan membuat sessi rakaman secara fulltime.Sebelum ini,mereka hanya buat LIVE REKOD sahaja disebabkan just for fun only.

Pada yang sentiasa mengikuti perkembangan band ini,mereka sebenarnya tak sampai sepuluh kali membuat persembahan sejak band ini ditubuhkan.Tetapi,banyak menghabiskan masa bermain dengan band projek serta menjadi sessionist untuk sesetengah band rakan rakan mereka.

Sejak itu,mereka telah bersepakat untuk bersatu dalam sebuah kumpulan yang mereka gelarkan GLORIA yang mana mempunyai misi & visi yang jauh.“Setiap riffing gitar Gloria membawa maksud berbeza. Lagu kami bercampurbaur antara Mellow, Rush, dan Riffing pelik. Sebab tu kami klasifikasi genre ini sebagai genre RushMellow”... itulah kata kata salah seorang gitaris mereka yang mana kini mereka sedang mempromosikan single mereka yang diberi tajuk IMAGINATION .

Mereka juga telah berkongsikan beberapa buah klip vedio yang mana telah mereka muat naik di laman Youtube untuk santapan para peminat mereka.Antaranya seperti klip vedio di bawah…

Tidak dapat dilupa bila mana lagu mereka yang berjudul perlukanmu telah dijadikan sound track kepada sebuah drama yang dimainkan di saluran 102 yang diberi tajuk “kalaulah aku perempuan” .ini merupakan pengalaman berharga bagi band ini dan peluang ini memang berharga dan mereka telah gunakan sebaik mungkin.Bukan senang di masa sekarang ini,penglibatan band band indie diselitkan dalam drama drama tempatan apatah lagi filem. Bagi anda yang belum pernah melihat scene mereka dalam drama tersebut,kasi sertakan klip vedio youtube untuk tontonan anda

Pihak onlinefm ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Gloria kerana sudi berkongsikan lagu serta profile mereka untuk kami jadikan bahan artikel di laman web ini.Dimana lagi single Imagination ini juga akan kamu promosikan di radio internet ini sekerap mungkin dalam misi memberikan full support kepada band band indie tempatan Malaysia.Bak kata pepatah…kalau bukan kita,siapa lagi…