Imran OBS kepada Narmi

Seawal penglibatan dan yang ditimba sebagai anak seni dalam bidang muzik, perjalanan seni pemain dram band One Buck Shortiaitu Imran Fadzil Ishak atau lebih dikenali sebagai Imran telah membuat suatu yang di luar jangkaan apabila dia mencuba nasib menjadi peserta program realiti, What Men Want terbitan NTV7. Berbanding namanya yang popular di kalangan peminat muzik indie band ini. Kini, Imran mencipta identiti baru dirinya yang dikenali sebagai Narmi menerusi program sulung yang menampilkan enam peserta lelaki berkongsi rahsia diri bersama penonton.

  
Jejaka berusia 28 tahun ini menyatakan dia masih aktif bermain muzik bersama anggota bandnya tetapi mencari platform baru bagi mempromosi diri sebagai penyanyi solo. Mungkin aktiviti karier solonya tidak ramai yang tahu disebalik penampilan terbaru dengan single pertama beliau iaitu Whirl yang dihasilkan sejak dua tahun lalu.

Imran atau Narmi ketika ini dia masih giat mempromosi single barunya itu dan mengambil kesempatan menerusi program What Men Want untuk memperkenalkan diri pada khalayak mengenai bakat menyanyi dan bermain gitar.

Kemunculan single solo beliau dianggap projek sampingan dan menerima respons yang baik daripada peminat kali ini dan ia suatu yang positif dan memberangsangkan. Mungkin ada juga  peminat berpandangan Imran membawa gaya persembahan seperti John Mayer kerana beliau adalah seorang peminat setia kepada John Mayer. Imran mahu dikenali sebagai Narmi ketika beraksi solo manakala nama Imran masih kekal bersama One Buck Short.


Narmi menyertai program ini menerusi kenalan di stesen berkenaan yang mengajak dia mencuba nasib hadir pada sesi uji bakat diadakan pada awal tahun lalu. Pertama kali menjadi peserta program realiti, dia hanya menukar identiti pada nama tetapi masih selesa menunjukkan bakat bermain gitar sepanjang terbabit dengan rakaman program ini. Apabila masuk program reality tersebut Narmi cuba tunjukkan dirinya yang sebenar. Pelbagai emosi menyelubungi dirinya sepanjang program ini berlangsung seperti seronok, sedih dan kecewa.

Adakalanya Narmi berasa sedih bila berdepan konflik yang berlaku dirakam dan dipapar pada penonton tetapi beliau sebolehnya mahu kisah peribadi sendiri diketepikan. Boleh dikatakan banyak masa dalam program ini, Narmi luangkan masa bermain gitar sambil menghiburkan rakan kerana ada ketikanya mereka mempunyai masa lapang.

                                        

Terbabit dengan penggambaran selama tiga bulan untuk 13 episod musim pertama program ini, Narmi menyatakan dia masih sempat menyusun jadual aktiviti berlatih muzik bersama bandnya. Mendapat sokongan anggota bandnya, Narmi akui band ini mengambil langkah kurang aktiviti atas komitmennya terhadap program ini. Mengenai hala tuju karier solo, Narmi telah memperkenalkan single versi klip video yang kini telah berada di pasaran. Dalam
pada itu, dia juga membantu promosi album terbaru One Buck Short, Kampong Glamtelah berada dalam pasaran. Narmi bersama anggota kumpulannya merancang mengadakan aktiviti promosi jelajah ke pelbagai destinasi khusus di kampung termasuk Filipina.