INDONESIA MAKIN HAMPIR BUAT FINALIS INI
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma, Finalis Indonesia Road Tour 2017 akhirnya telah diterima oleh pihak Online Media dan bersedia dipaparkan buat tatapan umum. Setelah hampir lima bulan diadili oleh judge yang bukan calang-calang, Jennifer Thompson dan Ag Coco akhirnya membuat keputusan mereka berdasarkan kriteria-kriteria yang mereka tetapkan. Maka inilah keputusan judge yang menilai melalui CD Album yang dihantar oleh band-band di sekitar Sabah.
Kesemua finalis ini akan berentap untuk kali terakhir secara LIVE yang mana sekali lagi akan diadili oleh kedua orang juri profesional iaitu Jennifer Thompson dan AG COCO di Wisma Budaya Kota Kinabalu pada 1hb Oktober 2016.
Sama sama kita saksikan dan nantikan persembahan 10 buah kumpulan ini bagi menentukan siapa antara mereka yang berjaya merebut 5 tempat ke INDONESIA.
Ikuti Perkembangan Indonesia Tour 2017 Melalui Laman Sosial Kami :