JIKA INGIN MATI, MATILAH TERHADAP SESUATU YANG LEBIH BERNILAI – ROOTS N BOOTS (CERITA DISEBALIK 20 TAHUN ROOTS N BOOTS DALAM SCENE MUZIK SKINHEAD/Oi DI MALAYSIA)

INTRO
Penulis mencuri peluang bertemu dengan frontman Roots N Boots Mr. Achmed Xodd baru-baru ini di Kota Kinabalu. Roots N Boots merupakan special guest kepada gig Come Alive Tipe-X Live in Kota Kinabalu. Perkongsian Mr. Achmed Xodd yang merupakan individu yang bertanggunjawab meneruskan legasi Roots N Boots yang bermula pada 1993 dan satu-satunya line-up yang tinggal pada sekitar 1996 yang mana kebanyakan line-up mengundurkan diri daripada Roots N Boots. Perkongsian yang penulis bawakan ini adalah hasil wawancara dan diskusi ilmu santai yang lebih menjurus kepada cerita mengapa Roots N Boots masih bertahan selama 20 tahun dalam scene muzik skinhead/Oi dan beberapa isu yang melanda mereka.

LEADERSHIP DAN KAPTEN KAPAL
“Adalah satu kesilapan besar apabila mengatakan bahawa tidak perlu seorang ketua dalam sebuah band. Pada hari pertama membentuk sebuah band benda yang paling penting adalah direction dan seorang Kapten harus menggalas tanggungjawab itu”. Ini merupakan kenyataan Mr. Achmed Xodd tentang membentuk sebuah band, jika kita imbas kembali band-band underground yang dibentuk atau ditubuhkan tidak banyak yang boleh bertahan dan kekal releven dalam scene muzik underground. Menurut Mr. Achmed Xodd ia sangat mudah untuk kita fahami, tiada arah tuju dan tiada seorang pengendali yang mampu membawa band tersebut dalam satu aras dimana ia mampu bersaing dan diterima ramai.
Roots N Boots mengeluarkan rekod Made In Malaysia dan We’re The Crew pada sekitar 1997 dan ia membentuk satu fenomena mereka sendiri. Rekod mereka bukan saja dikenali di peringkat global malah mendapat beberapa tawaran daripada label besar di Eropah pada ketika itu.
Berkongsi mengenai leadership atau kapten dalam sesebuah band Mr. Achmed Xodd menegaskan bahawa seorang Kapten perlu menerangkan kepada line-up yang lain tentang arah tuju band, benefit atau pulangan yang bakal band tersebut dapat jika mengikut perancangan atau plan yang ditetapkan. Give and take merupakan falsafah yang perlu juga ada dalam sebuah band dimana line-up perlu memberikan idea dan bertukar pandangan atau idelogi dalam kalangan band itu sendiri. Tambahnya lagi punca utama perpecahan dalam sesebuah band disebabkan tiada arah tuju yang ditetapkan diawal pembentukan band.
PASSION DAN OBSES
Semangat yang kuat, ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru adalah akar yang kuat kepada seseorang individu untuk meneruskan sesuatu perkara. Menurut Mr. Achmed Xodd perlu ada passion dalam setiap line-up bukan saja dalam muzik tetapi untuk band itu sendiri. Membentuk kumpulan dan bergerak seiring dalam jangka masa yang sama akan pasti menimbulkan perkataan boring, disebabkan itulah harus ada motivasi dan semangat yang cukup untuk meneruskan sesuatu yang sudah kita mulakan agar ia tidak sia-sia.
“Kita kena jadi gila dengan apa yang kita buat”. Kenyataan Mr. Achmed Xodd ini merujuk kepada obses dalam band. “Sesuatu yang kita buat akan lebih menarik jika kita obses dengannya, apabila kita obses kita mampu memberikan idea lebih menarik. Tahap paling penting bagi sesebuah band adalah obses”.
MADE IN MALAYSIA
Rekod Made In Malaysia adalah satu karya paling sukses buat Roots N Boots apabila rekod ini berjaya mendapat perhatian daripada luar negara. Penulis pernah membaca review daripada Eropah yang berbunyi “Anda tidak percaya sehingga anda dapat tahu ini band dari Malaysia”. Bagi penulis idea yang disaluti dengan akar umbi muzik itu sendiri membawa karya ini berada pada level yang tersendiri.
“Ia adalah idealogi terhadap negara. Kita bebas untuk meminati dan menjadikan karya daripada negara luar sebagai idola, kenapa tidak kita menulis sesuatu tentang negara kita sendiri”. Walaupun pada permulaan karya ini mendapat kritikan sesetengah pihak kerana ia bercakap pasal negara tapi ditulis dalam bahasa asing. Ia bukannya benda baru kerana ada beberapa lagi band seperti OAG pada ketika itu mendapat tempias akibat penggunaan bahasa asing dalam penulisan lirik. Pada Saya kita patut berterima kasih kepada OAG kerana mereka berani memulakan langkah untuk berkarya dalam bahasa Malaysia dengan muzik internasional sebelum ramai yang menurut jejak langkah mereka” Mr. Achmed Xodd.
KONTROVERSI
Roots N Boots juga pernah terlibat dengan beberapa kontroversi yang hampir melumpuhkan idealogi mereka sebagai sebuah band yang menentang sikap perkauman. Mereka berkongsi stage dengan beberapa band berfahaman ekstrim kanan atau perkauman bagi tujuan promo filem Ophilia oleh pihak MyFilem, sebuah portal online streaming berbayar. Menurut Mr. Achmed ia mematangkan dan sentiasa memandang ia sebagai peluang untuk memperbaiki keadaan dan sebagai pengajaran. Menurut Mr. Achmed Xodd lagi, kita terlalu memandang sesuatu entiti itu lebih ke arah negatif tanpa mengambil kira nilai-nilai moral dan mesej positif yang cuba disampaikan. Adalah sia-sia dan tidak masuk akal apabila kita memperjuangkan sesuatu yang tidak membawa apa-apa faedah malah membawa banyak masalah kepada kita. Jika ingin mati, matilah terhadap sesuatu yang lebih bernilai tinggi. Tidak perlu gunakan kekerasan dalam menyampaikan mesej sebab ia tidak akan mengubah apa-apa pun. Adakah penyokong kita bertambah apabila kita menyemarakkan kebencian terhadap sesuatu?

EDUCATING PEOPLE
Lirik adalah medium menyampaikan mesej kepada penyokong sesebuah band. Mr. Achmed Xodd menegaskan bahawa adalah penting menyampaikan sesuatu mesej dengan tujuan memberikan pendidikan dan motivasi.
“Saya sangat teruja apabila ada seseorang datang dan menegur saya pada awal pagi dan mengatakan bahawa dia sangat bersemangat untuk berkerja apabila mendengar karya Roots N Boots.”
“Tidakkah itu satu kejayaan secara peribadi dan band, apabila seseorang itu datang kepada kamu dengan penuh semangat dan mengucapkan terima kasih tanpa sebab?
“Kenapa Roots N Boots kekal releven sehingga kini? kerana lirik kami boleh difahami oleh setiap golongan dan dalam umur 30-an saya tidak akan memasang lagu dengan lirik yang berbaur keganasan dan kebencian di hadapan anak-anak saya.”
“Pada Saya, adalah penting untuk sesebuah band itu membawa suatu mesej yang boleh mengubah mind set sesebuah komuniti. Kemudian kita kena tanya diri kita sendiri apakah perubahan yang kita inginkan. Berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya?
“Bagi kami lirik yang kami hasilkan adalah untuk memberikan kesan”.
BAYARAN KEPADA BAND
Satu ketika Roots N Boots slow down dan terhenti pada jangka masa yang pada ketika itu ramai penyokong mereka menyangkakan bahawa Roots N Boots sudah terkubur. Tapi menurut Mr Ahcmed Xodd ia bukan berkaitan dengan line-up atau terkubur, ia berkaitan pembayaran show yang tidak menepati kehendak mereka. Apabila ditanya sama ada Roots N Boots mementingkan bayaran semata-mata, Mr. Achmed menyangkal pertanyaan penulis dengan panjang lebar.
“Kita bukan bercakap pasal bayaran atau wang, kita bercakap pasal penghargaan kepada band. Orang di luar sana yang tidak pernah berada dalam sebuah band tidak akan faham, kita yang berada dalam band ini melabur setiap sen kepada band. Kita kena membayar kos untuk jamming, instrument muzik, kos perjalanan dan sebagainya. Kenapa bila kita meletakkan satu level harga kita dipersoalkan?
“Apa yang kami nampak adalah perkara yang kami buat ini membantu band-band baru yang biasanya sering tertindas. Band-band baru kena berani bersuara. Dalam bersuara pula kena ada isinya, jika kita letak harga terhadap sesuatu apa pula kita dapat beri? Oleh sebab itu band itu kena juga janjikan sesuatu yang berbaloi untuk dibayar, kualiti itu kena ada. Ia tentang kualiti produksi, apabila kita berada di industri ini kita sebenarnya bercakap pasal business. Orang akan sanggup membayar jika karya atau idea kita itu layak diberikan penghargaan. Anda nampak? Ia bukan pasal duit.
MENGHARGAI PENYOKONG
Marketing band adalah perkataan yang pertama disebut oleh Mr. Achmed Xodd apabila penulis bertanya bagaimana sesebuah band itu memasarkan karya atau idea.
“Kami sebenarnya ingin sangat berdamping dengan penyokong, kami ingin bergambar bersama mereka, bertukar idea, bercerita tentang komuniti masing-masing. Sebab itu kami tidak kisah ‘belanja’ beberapa lagu pun. Tapi kadang-kadang kita terbatas dengan waktu dan keadaan.”
“Cara band itu bergaul memainkan peranan dalam menyampaikan karya, sesebuah band tanpa penyokong adalah sia-sia. Kami sangat teruja dan terkejut apabila mengetahui ada gerakan seperti Roots N Boots Army. Kami tidak pernah pun rancang benda tu, tapi ia diwujudkan oleh penyokong Roots N Boots sendiri.”  
“Sebab itulah kami sentiasa pastikan kami berikan 100% tenaga dan showmanship kepada penyokong kami di mana-mana.”
Roots N Boots juga menyampaikan penghargaan mereka kepada penyokong mereka di Sabah melalui lagu ‘Terima Kasih Oi! Oi! Oi!’ pada gig baru-baru ini.
“Ia bersempena ulang tahun ke-20 Roots N Boots, Sabah merupakan suatu tempat yang sangat istimewa kepada kami. Kami dilayan dengan baik, penerimaan di sini sangat kami hargai. Ia suatu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.”
ROCKSTAR Vs SOLD OUT
Dua perkara yang santai dijawab oleh Mr. Achmed Xodd.
“Siapa yang rockstar? Band yang berkurung dalam studio 8 hingga 12 jam sehari untuk memastikan karya dan lagu berkualiti atau individu yang tidur nyenyak di rumah kemudian dapat menikmati karya yang bagus.”
“Rockstar tidak sesuai.”
“Sold out kadang-kadang ia perlu untuk kita mengembangkan karya. Sold out bukan bermakna kita terpisah dengan penyokong. Kadang-kadang yang menjauhkan diri adalah penyokong bukan band tu.”
2017 BAGI ROOTS N BOOTS
Roots N Boots sudah merancang akan mengeluarkan karya pada 2017 dengan teknik mereka sendiri. Memandangkan pelbagai medium untuk memasarkan album yang ada pada ketika ini. Mr. Achmed Xodd tidak mengulas lebih lanjut apakah teknik tersebut.
“Rekod sudah ada, teknik yang kami sudah rangka.”

OUTRO
Perbualan yang berlangsung beberapa jam dengan Mr Achmed Xodd ini memberikan banyak perkara yang perlu ditulis dan perkara yang penulis akan biarkan tercatit dalam nota peribadi.

Ia satu perkongsian ilmu, pengalaman, rasa dan isi hati.

Penulis membawa semua pembaca untuk menyokong kempen Roots N Boots #strengthrurespekt yang ingin menyebarkan idealogi kesatuan dan keharmonian setiap komuniti tanpa mengira jantina, kaum dan agama.
Terima kasih kepada Mr. Achmed Xodd dan Roots N Boots, sampai jumpa Lagi!
#strengthrurespekt

#Oi

Foto by Jeff.
Audio by Ijat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial