JOSHUA DAPAT FULL SUPPORT DARI FAMILYNYA

Joshua sedang menyanyikan lagu singlenya BERANI dihadapan pengunjung

Joshua kini tampil dengan lagu single terbarunya yang bertajuk BERANI. Yang mana lagu ini ditulis oleh komposer yang sudah tidak asing lagi di Sabah iaitu Jonathan Tse (Macam Macam Muzik).

Joshua diringi pemuzik jemputan

Menurut Joshua, sebenarnya dia memang meminati muzik pop sejak dulu lagi. Cuma belum berani tampil atau menyanyi secara serius. Disebabkan selalu mengikuti show band ayahnya (B.O.I.L) sekitar Kota Kinabalu, secara tidak langsung pengaruh muzik grunge sudah melekat di dalam sanubari jiwanya. Tetapi, bila bakat nya di kenalpasti oleh Jonathan Tse melalui sosial medianya, di dipelawa untuk menyanyikan sebuah lagu bergenra pop.

Ayah Joshua (Meo) serta isteri dan adik beradiknya juga hadir memberikan sokongan padu pada kariernya sebagai anak seni.

Tanpa berfikir panjang Joshua terus mengunakan peluang yang sudah ada di hadapan mata. Menurut Jonathan Tse, proses menyiapkan lagu BERANI ini mengambil masa 3 bulan. Ini disebabkan kengkangan masanya dan mencari orang yang sesuai menyanyikan lagu tersebut.

Joshua Bartholomew

Kini, lagu BERANI nyanyian Joshua sudah boleh didengarkan di corong corong radio tempatan Sabah. Ini kerana kelihatan beberapa orang penyampai radio tempatan kelihatan didalam majlis perlancaran tersebut. Jangan lupa juga untuk merekues lagu ini di radio ONLINEFM ketika BRo Langau keudara setiap hari Isnin & khamis malam

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial