Juara AFTAS UiTM Battle of The Band 2005

Mungkin asing bagi kita mendengar band Lydias Diery, siapakah mereka sebenarnya?
Lydias Diery ditubuhkan pada bulan Jun 2004 oleh dua orang budak kolej bernama Botaq dan Lee Ja (Honey Clovers) di mana mereka begitu meminati muzik alternative dan Swedish. Tidak lama kemudian, Aus dan Krul menyertai band ini selepas menyedari misi dan cita rasa muzik yang dibawa oleh Lydias Diery adalah sama.
Pada awalnya, Lydias Diery dikenali sebagai Fake Plastic Hair yang memainkan muzik grungecomedy dan rock n roll. Pada tahun 2005, ahli-ahli asal kumpulan ini telah bercadang untuk menukarkan konsep muzik mereka kepada muzik lebih soft, rock, ballad dan sedikit unsur berat kepada muzik mereka yang mana mereka mengklasifikasikan campuran muzik mereka sebagai muzik alternative.
Band ini fokus kepada idea, kreativiti, melodi dan originality dengan muzik mereka tersendiri. Pada tahun 2006, Aus, Lee Ja dan Krul meninggalkan band ini atas alasan untuk melanjutkan pelajaran di Dublin. Pada tahun 2007, band ini tampil semula dengan muzik segar gandingan anggota baru Applin, Dzul dan Asrap. Pertengahan 2007, band ini datang lagi dengan anggora baru iaitu Botaq sebagai vokalis, Asrap sebagai gitaris utama, Wan sebagai pemain drum dan megar sebagai gitaris kedua. Setakat ini, mereka telah menjual demo sebanyak 400 unit di seluruh malaysia.
Mereka pernah mendapat tempat pertama dalam AFTAS UiTM Battle of The Band tahun 2005. Pernah menghasilkan Akustik DemoTuesday,MamaFree Your Mind dan Chaotic Heart pada tahun 2004. Selain mendapat tempat kedua di Salam Merdeka UiTM Battle of The Band 2005, Lydias Diery pernah mendapat tempat kedua dalam kategori Vokal Terbaik di UPMBattle of The Band pada tahun 2006 
Artikel disediakan oleh:-
Lara Cleopatra
Damansara, Kuala Lumpur