Juaranya dari Semporna, Sabah


Baru-baru ini satu pertandingan B.O.T.B anjuran K.O.P.1.K.S telah diadakan bersempena dengan Karnival SME 2013. Dimana pertandingan ini bertempat di perkarangan luar Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu. Pertandingan ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada 29 iaitu peringkat saringan (Sabtu) dan 30 peringkat akhir (Ahad).

Sebanyak 10 buah band dari seluruh sabah mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Antaranya 4 buah band mewakili Kota Kinabalu iaitu St. Lazarus Holocaust, Absurd, Derpreket, Parax 7 dan Karma. Manakala 2 band dari Semporna (Treast dan Pelita Band) manakala masing-masing satu band dari Keningau (Gerhana 90), Pitas (The Real Hokage X) dan Papar (Flodzilla).
Keadaan hujan dan tiupan angin tidak menghalang pengunjung untuk mengunjungi event ini. Dimana segala persiapan lengkap telah disediakan sepenuhnya oleh pihak penganjur. Kedatangan pengunjung sangat memberansangkan pada hari karnival dibuka lagi.
Event ini dihoskan sepenuhnya oleh crew OnlineFM. Mereka ialah Prince, Madi (Peringkat Saringan) dan Bro Langau (Peringkat Akhir). Juri bagi pertandingan ini diwakili oleh 3 orang iaitu Encik Abdurrasik (Pegawai RTM), Encik Azman Pooi (Pengarah MITI Sabah) dan Encik Patrick Tan (Pengarah Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan).

Peringkat saringan dimulakan dengan mencabut undi untuk menentukan giliran band yang akan memulakan persembahan terlebih dahulu. Sementara menantikan juri membuat persediaan pelbagai persediaan telah dibuat selain soundcheck. Untuk peringkat saringan hanya 1 lagu dibenarkan untuk dibawa dengan masa yang diperuntukkan selama 10 minit.
Pertandingan ini dimulakan dengan band dari Kota Kinabalu iaitu Absurd dan seterusnya diakhiri dengan giliran band Karma. Aktiviti berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit hujan dan tiupan angin. Pengunjung yang mengunjungi karnival ini bertambah ramai memriahkan pertandingan ini.

Sesi perbincangan antara pihak juri, penganjur dan Online FM berikutan penarikan diri band St Lazarus Holocaust di peringkat saringan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan sebelum event bermula. Sementara menanti keputusan diumumkan salah seorang juri iaitu Encik Azman menghiburkan peminat bersama band pilihannya iaitu The Real Hokage X dengan membawa 2 buah lagu. Selepas itu keputusan diumumkan dimana kesemua band yang bertanding pada peringkat saringan layak ke peringkat akhir yang akan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30/06/2013 (Ahad).
Pada hari terakhir pertandingan B.TO.B, kesemua band bertanding yang layak tiba di lokasi seawal jam 11 pagi. Dimana acara dimulakan dengan mencabut undi setelah kesemua para juri tiba. Pertandingan di hoskan sepenuhnya oleh Bro Langau (Online FM).
Berikut adalah giliran band yang akan membuat persembahan pada peringkat akhir:
1.      Gerhana 90
2.      Absurd
3.      Karma
4.      Treast
5.      The Real Hokage X
6.      Flodzilla
7.      Pelita Band
8.      Parax 7
9.      Despreket
Setelah persembahan band Absurd, Encik Dzulhaire naik keatas pentas untuk memberikan sedikit ucapan diatas pentas. Setelah itu tiban band seterusnya naik keatas pentas untuk membuat persembahan. Giliran demi giliran band seterusnya menambahkan kerancakan saingan pertandingan ini.

Keadaan hujan dan angin tidak menghalang kelancaran pertandingan ini. Dimana persembahan band seterusnya mengambil tempat untuk membuat persembahan. Setelah itu, band terakhir iaitu Despreket naik ke pentas untuk membuat persembahan dengan membawa 2 buah lagu cover.
Setelah selesai semua band membuat persembahan acara ini berehat selama 15 minit dengan beberapa aktiviti menghiasi tempoh rehat tersebut. Antaranya kuiz bersama penonton dengan hadiahnya disediakan oleh pihak penganjur sendiri iaitu beras 5 kg dari Saza Rice. Pada waktu ini semua peminat dan band-band lain berdebar-debar untuk menantikan keputusan yang akan diumumkan selepas sahaja aktiviti ini berakhir.
Tibalah saat yang dinantikan oleh semua apabila keputusan diumumkan oleh Bro Langau. Berikut adalah senarai pemenang yang diumumkan:
VOCAL TERBAIK
Ø  TREAST (Sijil + Piala)
DRUMMER TERBAIK
Ø  TREAST (Sijil + Piala)
BASSIST TERBAIK
Ø  DESPREKET (Sijil + Piala)
GUITARIST TERBAIK
Ø  PARAX 7 (Sijil + Piala)
JUARA
Ø  TREAST (RM 1000.00 + Sijil + Piala + Hamper)
NAIB JUARA
Ø  DESPREKET(RM 700.00 + Sijil + Piala + Hamper)
KETIGA
Ø  PARAX 7 (RM 300.00 + Sijil + Piala + Hamper)
SAGUHATI (Hamper)
Ø  Gerhana 90
Ø  Absurd
Ø  Karma
Ø  The Real Hokage X
Ø  Flodzilla
Ø  Pelita Band
Tahniah kepada Treast band dari semporna yang berjaya menjadi juara petandingan B.T.O.B yang julung-julung kali diadakan. Dimana band ini juga berjaya menggondol 2 anugerah iaitu Vocal Terbaik dan Drummer Terbaik. Sekalung tahniah juga kepada naib juara (Despreket) dengan menggondol anugerah Bassist Terbaik dan tempat ketiga (Parax 7) yang menggondol anugerah guitarist terbaik.
Bagi yang tidak berjaya jangan bersedih dimana satu pengalaman dan rakan baru telah ditemui semasa pertandingan ini berlangsung. Diharapkan semua band yang bertanding berjaya di masa hadapan. Semoga kita berjumpa lagi dalam pertandingan ini dimasa akan datang sekiranya dianjurkan lagi oleh SME.

p/s
Untuk melihat gambar gambar selebihnya,anda boleh klik di sini