Kabus dari H.W.C

Baru baru ini email OnlineFM telah menerima 2 lagu dari sebuah band yang sudah tidak asing lagi iaitu H.W.C.Single pertama mereka dah melekat di hati pendengar mereka dan terbaru mereka sedang mempromosikan single ke2 iaitu KABUS.

Single ini telah diterima oleh onlinefm melalui email dan alhamdulillah telah pun di keudarakan di radio atas talian ini.Setakat ini,sambutan dari para pendengar amat memuaskan dan mereka suka dengan lagu ini.Apa pun pihak onlinefm ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Faisal selaku bassist kepada band ini kerana menurut email,dialah yang berkongsikan lagu ini.

Diharap band H.W.C ini akan berjaya dan terus menghasilkan karya karya yang bermutu serta mengadakan road tour yang kerap agar dikenali ramai.