Kebangkitan “ACE OF HENNA”

Ace Of Henna ditubuhkan pada sekitar tahun 2008. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Band ini mempelopori konsep muzik yang berasaskan kepada Metalcore / Post Hardcore.
Mereka telah menyebut We Set The Sun, As Blood Runs Black, Miss May I, Massacre Conspiracy, Asking Alexandria, Escape the Fate, Bring Me The Horizon, Lamb of God dan Befalls The Argosy sebagai sebahagian daripada pengaruh muzik band ini. Mereka juga menggemari band-band seperti Eyes Full of Insects dan the Crimson Armada. Selain itu terdapat juga band-band lain yang digemari dalam pengaruh muzik mereka.
Pada awal penubuhan band ini hanya bertujuan untuk jamming suka-suka sahaja. Dimana lineup pada masa itu dianggotai oleh 5 anak muda. Mereka ialah Azme (Vocal), Dahlan (Guitar), Ejat (Guitar), Mus (Drum) dan Papak (Bass).

Namun sekitar tahun 2009, berlaku perubahan lineup dimana Mark telah menggantikan Papak sebagai drummer. Manakala Andy pula menggantikan Mus sebagai bassist. Hingga saat itu, band ini masih lagi wujud atas tujuan jamming suka-suka.
Pada tahun 2012, Andy telah berpindah ke Semenanjung Malaysia. Dimana tempat beliau digantikan oleh Idris sebagai sessionist bassist. Bermula dari situ, Ace of Henna memulakan langkah dengan lebih serius untuk membuat eksperimentasi untuk menulis lagu sendiri
Beberapa penyertaan dalam event yang dianjurkan telah disertai mereka. Antara event tersebut ialah This Is Borneo #4: The Finale at Cowboy Bar KK dan Basement Park Jamm Session at Megalong Penampang. Selain penyertaan band ini dalam Battle of the Band anjuran Kompleks Belia dan Sukan Pasir Putih Putatan 2010 dengan merangkul tempat Ketiga.
Perkembangan sekarang dimana Ace of Henna telah menulis tiga buah lagu yang berjudul “Intravexation”, “Rise” dan “Refleksi Diri”. Dimana ketiga-tiga buah lagu ini dikategorikan dalam genre Melodic-Metal-Hardcore. Kepada peminat, sama-sama kita nantikan akan bila lagu ini dikeluarkan pada bila-bila masa.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung dengan Azme@Mimie di 0165889954 dan email http://www.facebook.com/MiseryMic?fref=ts. Selain itu, bagi yang belum menyertai mereka di facebook boleh klik https://www.facebook.com/pages/Ace-of-Henna/170759822988492. Jangan lupa klik like sebagai tanda sokongan terhadap band ini.