Kebangkitan Rock n Roll

Ianya seperti virus dimana amat bahaya dan ditakuti oleh semua manusia.Akan tetapi,virus yang nak kami kongsikan kepada pembaca artikel kali ini adalah kemunculan sebuah kumpulan indie yang mana mengambil rikiko amat besar dimana mereka membawakan konsep rock & roll klasik.Band yang dimaksudkan ini adalah  
Cactus yang berasal sekitar Kota Kinabalu, Sabah.
Seperti yang kita tahu,Cactus adalah sebuah tumbuhan yang amat ditakuti dan tidak ramai yang memeliharanya sebagai tumbuhan tanaman.Begitulah konsep yang mereka tekankan kepada perjalanan muzik mereka iaitu rock & roll klasik.Tidak ramai pemuzik baru zaman kini menyukai genre yang menjadi kegemaran di zaman 80an ini.Tetapi,mereka ingin mencabar kemampuan mereka sebagai belia muda yang membesar di zaman facebook serta Twitter ini.Ditambah lagi dengan penulisan lirik lagu dalam bahasa Inggeris.
Baru baru ini,Cactus telah berkongsikan 2 buah lagu mereka untuk santapan para pedengar onlinefm.Demo mereka berjudul Shes My Dreem & Need You yang mana lagu lagu ini di tulis oleh mereka sendiri.
Kalau anda perasan,penyanyi utama bagi band ini adalah bekas penyanyi kumpulan BEZKON yang sudah lama menyepi.Tidak dapat dipastikan kenapa mereka hilan dari muzik sence di Kota Kinabalu ini.Besar kemungkinan kesemuanya sibuk dengan urusan kerjaya mahupun keluarga.Apa pun ARIN,tetap dengan semangat berkaryanya iaitu menghiburkan followers mereka ketika di jemput bermain gigs atau pun showcase.
Kepada mereka yang ingin mengenali band ini,korang boleh LIKE page mereka iaitu Cactus dan pada yang selalu menganjurkan inhouse gigs,cuba cubalah jemput mereka sebagai ahli korom dalam gigs anda.tunjukkan support anda kepada band ini agar mereka lebih bersemangat menghasilkan lagu lagu rock & roll dengan gaya tersendiri.