KEDAI SPA ANJURKAN PERSEMBAHAN AKUSTIK

Kebiasaannya kita akan dengar dan lihat persembahan akustik di cafe cafe atau restoran makan, tetapi kali ini tidak lagi. Satu pembaharuan telah berlaku di mana persembahan akustik akan berlangsung disebuah kedai “Spa shoe” yang terletak di Warisan Square, Kota Kinabalu. Kedai SPA ini adalah idea seorang brader (gambar di bawah) yang sentiasa berfikir di luar kotak dan sentiasa mencari kelainan didalam apa jua bidang yang di ceburi. Daripada seorang organiser gig, kini beliau cuba menceburkan diri dalam bidang business SPA.

REBEL SOLE sebuah kedai membersihkan kasut baru sahaja beroperasi bakal menganjurkan sebuah showcase berbentuk persembahan akustik. Pada persembahan kali pertama ini mereka menampilkan 3 orang pemuzik & pencipta lagu yang memang well known di kalangan band band lokal khususnya sekitar KK.



Tiga nama inilah yang akan berada di REBEL SOLE pada 6 June ini. Tepat jam 8 malam, show akan bermula. So, kepada sesiapa yang free tu, boleh check in di di kedai REBEL SOLE. Pastinya, lagu lagu yang dipersembahkan adalah sentuhan bakat bakat muda ini. Mereka tampil dengan identiti tersendiri demi memeriahkan scene muzik di Sabah. Satu lagi platfom dan medium untuk anak anak seni sudah ada. Ini menunjukkan kesan positif dengan ujudnya port port showcase untuk exposure talent talent yang ada di bandaraya Kota Kinabalu ini. Semoga akan lebih ramai lagi, pemilik kedai menyediakan sedikit ruang dan peluang untuk anak anak seni ini memperlihatkan bakat mereka kepada masyarakat.