Kenali Eyza Bahra

Nama Eyza Bahra mungkin baru bagi anda.tetapi sebenarnya dia sudah lama dalam scene muzik sekitar Malaysia ini.Sebenarnya Eyza Bahra adalah salah seorang ahli kumpulan Salam.Sebuah kumpulan yang membawakan konsep lagu yang pelbagai dan amat RARE.Tidak ramai kumpulan di Malaysia ini berani dan ingin memperjuangan muzik yang amat baru serta mempunyai kepelbagaian teknik.

Baru baru ini,pihak onlinefm telah mendapat sebuah single terbaru dari Eyza Bahra yang berjudul Biarkan.Lagu ini telah berkumandang di corong corong radio ternama sekitar Malaysia.Tidak lupa juga ianya juga ada dimainkan di radio radio atas talian.Dan yang terbaru adlah OnlineFM sendiri ingin memberikan full support kenapa Eyza Bahra dengan memainkan single ini.

Kepada anda yang ingin mendengarkan lagu ini,adalam masa terdekat ini ainya akan berada di dalam sistem AutoDJ.Jika,ada penyampai yang bertugas,anda boleh merequest kepada dj tersebut.Sudah tentu,mereka akan memutarkan untuk anda.

Sedikit profile mengenai Eyza ini,beliau merupakan penyanyi latar kepada ramai artis di Malaysia ini.Antaranya adalah M.Nasir, Ella, Noraniza Idris, Dg Nurfaiza, One Nation Emcee dan ramai lagi.ternyata pengalaman dalam bidang nyanyian ini sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.Tidak hairanlan beliau dapat menghasilkan sebuah single yang amat membanggakan.

Selain itu juga,Ezya ini merupakan orang Sabah yang mana iaya tertera di Page beliau iaitu Eyza Bahra’s fan page.Now,dia disemenanjung Malaysia yang mana sedang giat membuat persembahan dengan bandnnya sendiri iaitu SALAM dan secara tidak langsung,dia juga mempromosikan singlenya seindiri di mana mana show yang dia dapat jemputan untuk membuat persembahan.

Inilah yang bestnya kalau bernaung dibawah bendera INDIEpendent,mereka tidak terikat dengan band sepenuhnya.Mereka bebas hendak melakukan aktiviti sendiri biarpun komitment dengan band tu ada.Mereka pandai membahagikan masa dengan profesional.

Diharap Ezay akan maju serta dapat menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu dan dapat diterima masyarakat yang kini cenderung dengan teknologi serba canggih ini.