KENINGAU TAMPIL DENGAN ROCK MOTUB KOTUB

BERGEMA atau BERDENTUM itulah maksud MOTUB KOTUB yang di petik dari bahasa suku kaum Dusun di Sabah. Mungkin bunyinya agak pelik buat segelintir yang tidak pernah mendengarnya. Namun inilah kelainan yang di tampilkan oleh penganjur GIG berkonsepkan garaj ini.
Lokasi gig ini terletak di sebuah perkampungan di daerah Keningau. Manakala tiket masuk untuk gig ini pula serendah RM6 sahaja. Cukup berbaloi dan berpatutan untuk membuka ruang kepada anak anak muda bekarya dengan muzik masing masing.