KERUSI USANG DARI MIRI

“KERUSI USANG”.. begitulah tajuk yang diberikan kepada single terbaru dari kumpulan Britpop ini. Mereka yang berasal dari Miri  ini sebenarnya sudah lama menghilangkan  dari radar gig mahupun event . Mungkin atas kesibukkan karier dan family masing masing. Sebenarnya itu adalah lumrah anak seni yang memilih muzik sebagai minat dan tampil secara berkumpulan.

UNDOREDO adalah sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Miri, Sarawak. Ditubuhkan sekitar tahun 2011 yang mana waktu itu, anggota kumpulan ini terdiri daripada Ehzanz, Echap, Fizi, Didi, Aleng & Zam. Akan tetapi, awal tahun 2017 ini, Alim telah menggantikan posisi Ehzanz sebagai vokalis. Begitu juga dengan Aeypul, yang berada di posisi pemain gitar utama.

Band ini memang aktof dalam arena gig dan function sekitar Miri tahun 2011 – 2012. Dimana, penampilan mereka di pentas gig yang membawakan lagu lagu ciptaan mereka sendiri. Kelebihan mereka dalam penulisan lirik serta susunan lagu memang antara faktor mereka masih berada di scene muzik hingga kehari ini. Semangat yang kental terhadap dunia muzik indiepdent umpama darah yang mengalir di anggota tubuh.

Kini, UNDOREDO berada di bilik rakaman dan dalam proses menyiapkan EP mereka yang tergendala suatu ketika dulu. Mereka ingin buktikan yang mereka juga mampu mencipta lagu lagu yang berkualiti berpaksikan muzik antarabangsa iaitu Btitpop &  Rock and Roll. Lirik yang mereka hasilkan kebanyakkannya menceritakan tentang kehidupan manusia masa kini. Keberanian mereka menggunakan sindiran dan kiasan bahasa antara senjata utama didalam EP yang bakal keluar tidak lama lagi.

Kepada anda diluar sana, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan mereka. Pastinya, kesemua maklumat terkini atau aktiviti mereka akan di kongsikan menerusi Media Sosial mereka iaitu https://www.facebook.com/undoredoband/ .  Jangan lupa untuk dengarkan lagu mereka di OnlineFM dimana UNDOREDO perlukan support dan sokongan dari anda semua bagi meneruskan minat dalam dunia seni.

 

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial