Kesemua lineup di serang “MIGRAIN”
Ahli kumpulan di serang Migrain? wahh,satu penyakit yang amat ditakuti oleh setiap manusia.Tetapi,jangan takut,kerana MIGRAIN kali ini hanya pda nama jak.Ikuti kisah mereka…
Migrain , adalah sebuah kumpulan independent yang berasal dari Alor Star, Kedah dan terdiri daripada empat orang anak muda yang begitu meminati genere muzik MyAlternative, Grunge dan rock. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Teh Voc dan 2nd Guitar, Azam 1St Guitar, Jan Bassist dan Amet Drummer.
Bermula dalam sekitar tahun 2000 kumpulan ini mula berminat mendengar lagu-lagu band grunge tempatan dan luar Negara dan sering menghadiri gig untuk menonton band-band yang beraksi. Atas dasar itu, ianya telah menimbulkan minat yang mendalam untuk mereka menubuhkan band, namun niat itu hanya dilepaskan pada jamming ditepi longkang dan berbumbungkan pohon ceri.
Walau bagaimanapun akhirnya impian mereka untuk menubuhkan kumpulan MigRaNe dalam sekitar tahun 2006 – 2007 tercapai juga akhirnya dan beraksi disekitar Alor Star dengan berbekalkan lagu-lagu cover Dr Silverchair dan Nirvana. Manakala dalam sekitar tahun 2008 MiGRain telah mengeluarkan single pertama yang berjudul “Dont Leave Me”.
Demi untuk mencapai impian mereka, kumpulan ini terus mengorak langkah untuk meninjau keluar dari negeri Kedah dan mendapat peluang beraksi di gig-gig di sekitar Negeri Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Pulau Pinang dan seterusnya pada tahun 2009 MiGRain telah Berjaya mengeluarkan E.P dan memberikannya secara percuma kepada pengemar lagu-lagu mereka.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini sila lawati laman sesawang mereka di Migrain Music.Disini kami selitkan klip vedio persembahan mereka di salah sebuah gigs yang pernah mereka sertai.Korang boleh klik http://youtu.be/fQ7JWM9FVa8
R-tikel disediakan oleh:-
A-nat